Utusan Borneo (Sarawak)

PPIS komited bangun sektor pertanian Sarawak

Perancanga­n, matlamat, hala tuju diharap direalisas­i demi tingkat pendapatan rakyat

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pertubuhan Kebajikan Petani Iban Sarawak ( PPIS) komited untuk membangunk­an sektor pertanian di Sarawak, kata Ketua Pengarah Negeri/ Pusat PPIS Jocky Jim Ungka.

J e l a s n y a , s e g a l a perancanga­n komprehens­if serta matlamat dan hala tuju PPIS dalam jangka masa 15 tahun akan datang diharap dapat direalisas­ikan demi meningkatk­an pendapatan rakyat yang masih bergantung kepada sektor tersebut.

“PPIS mempunyai r a n c a n g a n u n t u k melaksanak­an beberapa projek mega berkenaan dengan industri pertanian di Sibu khususnya di mana ia dianggarka­n menelan kos sebanyak RM2 juta.

“Kami amat memerlukan jumlah tersebut daripada agensi kerajaan dan juga Kerajaan Sarawak untuk membantu PPIS melaksanak­an segala perancanga­n.

“Dengan adanya dana berkenaan, kami yakin industri pertanian akan dapat dirancakka­n lagi,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

T e r d a h u l u , b e l i a u mengetuai ahli- ahli PPIS mengadakan perjumpaan serta bermesyuar­at dengan Jabatan Pertanian Bahagian Sibu.

Mesyuarat selama lebih dua jam itu dipengerus­ikan Pegawai Pertanian Bahagian Sibu Heidylia Joshua.

Antara perkara yang d i b i n c a n g k a n d a l a m mesyuarat tersebut ialah tentang lambakan buahbuahan di pasaran tempatan pada musim buah.

Pihak Jabatan Pertanian Bahagian Sibu turut mengemukak­an cadangan kepada PPIS agar mencari pembeli atau pembekal dalam membantu penjaja buahbuahan tempatan supaya lambakan buah- buahan dapat diatasi, sekali gus mengelakka­n kerugian kepada para penjaja.

PPIS dalam mesyuarat itu turut membentang­kan hala tuju dan matlamatny­a serta mengemukak­an cadangan kepada Heidylia untuk mengadakan kursus pertanian secara percuma kepada semua ahli PPIS.

“Kita turut membentang­kan perancanga­n PPIS untuk masa depan sektor pertanian di Sibu kepada Heidylia.

“Beliau bersetuju untuk mewujudkan kerjasama dengan kami,” katanya.

Selain itu katanya, PPIS akan mewujudkan produk makanan berasaskan buah- buahan

Jocky Jim Ungka Ketua Pengarah Negeri/Pusat PPIS

dalam membantu ekonomi para ahli dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

“C a d a n g a n d a l a m mewujudkan produk makanan berasaskan buah-buahan akan dibawa ke mesyuarat bersama dengan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan surat untuk mengadakan mesyuarat tersebut akan diajukan kepada pihak MARDI di Pejabat Negeri Sarawak setelah mendapat peruntukan kewangan daripada penaja,” ujarnya.

Mengenai fokus PPIS selepas ini jelas Jocky, mereka akan memohon geran RM2 juta daripada Kerajaan Sarawak bagi merealisas­ikan rancangan mereka.

“Kita amat memerlukan geran kerana tanpa geran, PPIS tidak dapat bergerak dengan sendiri seterusnya berfungsi kepada rakyat.

“PPIS tidak mempunyai sumber kewangan, justeru kami akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta membentang­kan kertas kerja kami berkenaan rancangan komprehens­if pertanian.

“Tarikh dan masa akan dimaklumka­n kepada pihak media sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk berjumpa dengan Abang Johari,” tambahnya.

Dalam perkembang­an lain, Jocky melahirkan rasa kecewa dengan segelintir masyarakat kerana memandang serong terhadap kewujudan PPIS.

“PPIS merupakan sebuah pertubuhan yang diwujudkan untuk membantu semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan agama.

“Saya amat kecewa apabila ada segelintir masyarakat di luar sana memandang serong terhadap kewujupan PPIS, mereka tidak memahami misi dan visi perjuangan kami di PPIS,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut menggalakk­an semua lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dalam PPIS agar misi untuk meningkatk­an sektor industri pertanian di Malaysia dapat ditingkatk­an lebih baik lagi.

Sementara itu, PPIS telah melantik Barat Intai sebagai pengarah PPIS Bahagian Sibu dan Madeline Manggah sebagai setiausaha PPIS Bahagian Sibu.

Pelantikan tersebut turut mendapat restu daripada Yang Dipertua PPIS Bari Ubi.

Dengan adanya Barat dan Madeline, kata Jocky, mereka dari peringkat ibu pejabat tidak perlu kerap turun padang kerana sudah mempunyai kedua- duanya untuk menguruska­n bahagian ini sekali gus menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

 ??  ?? LONJAK SEKTOR PERTANIAN: Heidylia (duduk, tengah), Jocky (duduk, dua kiri) serta ahli PPIS yang lain selesai bermesyuar­at di Pejabat Pertanian Bahagian Sibu.
LONJAK SEKTOR PERTANIAN: Heidylia (duduk, tengah), Jocky (duduk, dua kiri) serta ahli PPIS yang lain selesai bermesyuar­at di Pejabat Pertanian Bahagian Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia