Utusan Borneo (Sarawak)

PAPWS sasar kutipan RM500,000 daripada acara amal

-

SIBU: Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Sibu (PAPWS) menyasarka­n kutipan dana sejumlah RM500,000 daripada acara amal diadakan di sini jam 7 malam, pada 6 Julai (Jumaat) ini.

Presidenny­a Jamie Tiew berkata acara bertema ‘Sibu All Community Charity Gala Dinner’ akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai tetamu kehormat.

Tiew berkata, acara itu dianjurkan bersama PAPWS dan Persekutua­n Cina Sedunia Kuching.

“Acara itu adalah untuk mengumpul dana bagi membantu dan memperkasa komuniti wanita, kanakkanak dan belia.

“Ia adalah visi jangka panjang kami menubuhkan sebuah rumah ibu tunggal, ibu muda, wanita dan kanak-kanak tiada tempat tinggal dan memberi mereka tempat berteduh sementara dalam peralihan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Tambahnya, tujuan lain membantu kumpulanku­mpulan kurang berkemampu­an melalui programpro­gram latihan ditetapkan.

Katanya lebih baik mengajar mereka mahir memancing ikan daripada memberi mereka makan ikan setiap masa.

“M e l a l u i p r o g r a m pendidikan ini taraf hidup keluarga dapat ditingkatk­an dan masyarakat lebih baik terbina,” jelasnya.

Tiew berkata, Tun Taib akan menyerahka­n lencana merit kepada masyarakat b e r d e d i k a s i s e b a g a i menghargai komitmen mereka kepada tanggungja­wab sosial.

Orang ramai berminat hadir atau menderma boleh menghubung­i Tiew di talian 019-8195555.

 ??  ?? TIKEL AMAL: Tiew (dua kanan) bersama jawatankua­sa penganjur menunjukka­n tiket masuk acara amal itu di Sibu kelmarin.
TIKEL AMAL: Tiew (dua kanan) bersama jawatankua­sa penganjur menunjukka­n tiket masuk acara amal itu di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia