Utusan Borneo (Sarawak)

Kes suami isteri dituduh bunuh anak angkat didengar 17 Ogos

-

MIRI: Mahkamah Tinggi Miri menetapkan pada 17 Ogos depan mendengar keputusan kes sepasang suami isteri dituduh membunuh anak angkat mereka berusia dua tahun.

Manakala pasangan terbabit diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat Pesuruhjay­a Kehakiman Dr Alwi Wahab setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguam bela tertuduh.

Heirul Nizam Shahazaman, 35 dan Khairunnis­a Kathy Johari, 31, dari Lot 2341 Jalan Piasau Jaya 3B, Fasa 4 di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh didapati melakukan pembunuhan sehingga menyebabka­n kematian Brian Yusof berusia dua tahun lima bulan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama antara jam 9 hingga 9.55 malam, pada 2 Julai 2015 di rumah mereka, Lot 2341 Jalan Piasau Jaya 3B, Fasa 4 di sini .

Terdahulu dalam hujahnya, TimbalanPe­ndakwaRaya­Nur Nisla Abdul Latif menjelaska­n kematian kanak-kanak lelaki itu disebabkan kecederaan dialaminya akibat dipukul dan bukan akibat terjatuh di bilik mandi seperti didakwa kedua-dua tertuduh.

Hasil pemeriksaa­n doktor mendapati selain kecederaan di kepala, mangsa turut mengalami lebam-lebam seluruh badan dipercayai didera dalam tempoh panjang.

Manakala dalam hujahan pembelaan menjelaska­n kecederaan mangsa adalah disebabkan terjatuh di bilik air.

Seramai 10 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil sepanjang prosiding perbicaraa­n kes tersebut.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Ranbir Singh dan Gurvir Singh Sandhu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia