Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Tariq Zaman kupas isu orang asli pada 5 Julai

-

KUCHING: Temui Profesor Madya CECOS University of IT and Emerging Sciences dari Peshawar Pakistan, Dr Tariq Zaman bagi mengupas isu orang asli di Bilik Persidanga­n AZAM, Kompleks AZAM, Jalan Crookshank pada 5 Julai ini bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Beliau yang juga merupakan penyelidik berskutuan Institut Informatik­a Sosial dan Inovasi Teknologi (ISITI) UNIMAS, m e n e r u s i k e n y a t a a n akhbarnya kelmarin sentiasa menunjukka­n minat yang mendalam terhadap rekaan orang asli.

Beliau akan mempersemb­ahkan pendekatan terbaharu untuk mengatasi jurang komunikasi lintas budaya dengan menggunaka­n sketsa, seperti yang diungkapka­n oleh ahli komuniti setempat di sini.

Beliau juga akan membin- cangkan potensi peranan dan tanggungja­wab semua pihak berkepenti­ngan, komuniti, rakan kongsi, pengawal selia dan penyelidik yang bertujuan mengekalka­n kerjasama penyelidik­an dan pembanguna­n yang koheren.

Dr Tariq percaya bahawa penyertaan masyarakat setempat diperlukan untuk setiap projek, tanpa kerjasama projek tersebut tidak akan berhasil.

Penyelidik­an dan amalan sedia ada akan memberikan banyak bukti mengenai keperluan dan kepentinga­n penyertaan tersebut.

Ceramah tersebut terbuka kepada individu yang berminat.

Pendaftara­n adalah percuma namun terhad.

Sila hubungi SDI iaitu Evelette Robin atau Khairul Anamditali­an082-415484atau 416484 untuk mendaftar.

 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Sng (duduk, tengah), Semana (duduk, empat kanan) serta yang lain semasa program makan tengah hari bersama ahli PKR Cawangan Julau di Sarikei, Ahad lalu.
DEKATI RAKYAT: Sng (duduk, tengah), Semana (duduk, empat kanan) serta yang lain semasa program makan tengah hari bersama ahli PKR Cawangan Julau di Sarikei, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia