Utusan Borneo (Sarawak)

LBU raikan 70 penghuni warga emas Rumah Seri Kenangan Kuching

-

KUCHING: Lebuhraya Borneo Utara ( LBU) meraikan 70 penghuni warga emas Rumah Seri Kenangan Kuching pada majlis makan tengah hari Ramah-Tamah Gawai, Sabtu lalu.

Syarikat LBU menerusi Kelab Permata LBU telah mengadakan aktiviti ringkas bersama penghuni di sini sebagai salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif LBU Safuani Abdul Hamid telah menyampaik­an cek bernilai RM7,000 kepada kediaman warga emas itu bagi membantu menjalanka­n pelbagai program bagi penghuniny­a di sini.

Di kediaman tersebut seramai 40 penghuni yang merupakan warga emas lelaki sementara 30 lagi adalah wanita masing-masing menerima beg ‘ goodies’ daripada pihak LBU.

Kakitangan dan ahli kelab bermesra dan berhibur bersama warga emas ini dengan dendangan lagu dan menari.

Pihak LBU t urut mengadakan aktiviti lain seperti 50 anak yatim di Rumah PERYATIM Miri diraikan pada majlis berbuka puasa bulan lepas dan diberikan duit raya.

Tahun lepas, pihak LBU turut menyerahka­n dua bangunan blok SK Kampung Buda yang telah siap dibina pihaknya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Bangunan t ersebut merangkumi enam kelas dengan peralatan di dalamnya, sebuah bilik sains, bilik pentadbira­n dan tandas.

Inisiatif bagi membina semula bangunan sekolah terbabit menelan belanja sekitar RM2.8 j uta menggunaka­n sistem pembinaan industri (IBS).

Pada 2016, hakisan telah berlaku dan menyebabka­n bangunan sekolah yang diguna murid tahun empat hingga enam itu musnah.

Ini juga termasuk sebuah blok tadika, sembilan unit rumah guru, surau, tandas, rumah pengawal, bilik sains, bilik buku teks dan pusat sumber tenggelam di dalam air sungai.

 ??  ?? BUAH TANGAN: Safuani (tengah) menyampaik­an beg ‘goodies’ kepada salah seorang penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching. Turut kelihatan Presiden Kelab Permata LBU Justine Sabastian (kanan).
BUAH TANGAN: Safuani (tengah) menyampaik­an beg ‘goodies’ kepada salah seorang penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching. Turut kelihatan Presiden Kelab Permata LBU Justine Sabastian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia