Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang pegawai kanan FINAS disyaki terlibat dalam penyelewen­gan dana bernilai hampir RM25 juta

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) memulakan siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan dana Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM), yang disyaki digunakan dalam projek 1Malaysia Negaraku, namun projek itu tidak dilaksanak­an.

Menurut sumber SPRM, seorang pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bergelar Datuk disyaki ter- libat dalam penyelewen­gan dana dianggar bernilai hampir RM25 juta, yang diluluskan untuk pelaksanaa­n projek- projek di bawah projek 1Malaysia Negaraku itu.

Sumber itu berkata terdapat kira-kira 10 projek di bawah projek berkenaan dan siasatan awal mendapati pegawai kanan itu terlibat dalam hampir semua projek itu.

Bernama difahamkan bahawa pegawai kanan terbabit diarah menguruska­n perolehan dan pembayaran di FINAS berkaitan projek 1Malaysia Negaraku dan mempunyai kuasa untuk menandatan­gani surat tawaran kepada syarikat- syarikat yang dilantik Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Pegawai kanan tersebut juga dikatakan bersekongk­ol dengan syarikat- syarikat terbabit dengan meluluskan semua pembayaran bagi projek yang tidak dilaksanak­an,” kata sumber itu ketika ditemui Bernama.

Sumber itu berkata pegawai kanan terbabit diarahkan menggunaka­n dana SKMM itu bagi melaksanak­an projek berkenaan.

Semalam, SPRM telah pergi ke kesemua syarikat yang memperoleh projek-projek tersebut untuk mengambil dokumen bagi membantu siasatan, katanya.

SPRM juga telah merakam percakapan empat individu termasuk Ketua Pengarah FINAS dan pegawai-pegawai daripada SKMM bagi membantu siasatan kes itu.

Menurut sumber itu lagi, SPRM mengenal pasti lebih 70 individu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahka­n siasatan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut. — Bernama

Pegawai kanan tersebut juga dikatakan bersekongk­ol dengan syarikatsy­arikat terbabit dengan meluluskan semua pembayaran bagi projek yang tidak dilaksanak­an. Sumber SPRM

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Zahid tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia semalam bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Zahid tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia semalam bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia