Utusan Borneo (Sarawak)

321 lagi gambar termasuk pemetik api dikemukaka­n di mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 321 keping lagi gambar tempat kejadian, bedah siasat dan barang kes termasuk pemetik api dan lokasi pemetik api dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang meragut nyawa 23 individu, dikemukaka­n pada perbicaraa­n kes itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Kesemua gambar berkenaan dirakamkan oleh lima jurufoto daripada Cawangan Fotografi D6, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju antara 14 September hingga 26 September tahun lepas, yang menjadikan jumlah keseluruha­n gambar yang dikemukaka­n di mahkamah setakat ini ialah 523 keping.

Kelima-lima jurufoto itu dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraa­n hari keempat kes dua remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h itu.

Ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz, Lans Koperal Muhammad Azril Abdullah Sani, 29, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan memberitah­u beliau telah merakamkan 104 keping gambar bedah siasat mayat mangsa- mangsa di bilik mayat Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Saksi pendakwaan kesembilan, Lans Koperal Azlan Ameerudin, 28, dan saksi pendakwaan ke-10 Koperal Muhd Alfadanzur­ishah Taharim, 33, juga merakamkan gambar bedah siasat iaitu masing-masing 74 dan 52 keping.

Saksi pendakwaan ke-11, Lans Koperal Mohd Faiz Mohd Yusof, 30, dan saksi pendakwaan ke- 12, Lans Koperal Adhwa Azahar, 27, pula merakamkan gambar tempat kejadian dan barang kes dan kesemua gambar terbabit yang disimpan di dalam kad memori kamera dipindahka­n ke dalam cakera padat sebelum dicetak dan diserahkan kepada pegawai penyiasat masing-masing.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept ember 2017.

Mereka masing- masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seksyen 97(1) Akta Kanakkanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak- kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhka­n hukuman penjara selama mana diperkenan­kan Yang di- Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintah­kan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi, 14 September 2017, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangk­ap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz itu yang terbakar.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung hari ini. — Bernama PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi.

Kelmarin, SPRM mengarahka­n Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, untuk hadir bagi memberi keterangan.

Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dan berpakaian batik berwarna biru navy itu tiba jam 9.54 pagi semalam.

Setibanya Ahmad Zahid di hadapan pejabat badan pencegah rasuah itu, beliau terus melambai ke arah pengamal media sambil melemparka­n senyuman dan terus memasuki pejabat SPRM tanpa memberi sebarang ulasan.

Difahamkan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Seawal jam 8 pagi, puluhan pengamal media tempatan dan antarabang­sa berada di perkaranga­n ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes melibatkan Ahmad Zahid.

Kelmarin, Ahmad Zahid juga mengakui bahawa keterangan yang akan diberikan adalah berkenaan kes penyelewen­gan dana yayasan miliknya.

Ahmad Zahid antara individu disiasat SPRM selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapan­nya mengikut Akta SPRM 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Noor (dua kiri) bersyukur selepas Mahkamah Sesyen Melaka membebaska­n beliau dari pertuduhan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ semalam.
— Gambar Bernama BEBAS: Noor (dua kiri) bersyukur selepas Mahkamah Sesyen Melaka membebaska­n beliau dari pertuduhan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia