Utusan Borneo (Sarawak)

Reman pengarah syarikat dilanjut 3 hari

-

PUTRAJAYA: Tempoh reman pengarah sebuah syarikat yang berpangkal­an di Bintulu dilanjutka­n tiga hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim melanjutka­n tempoh reman lelaki yang berumur 39 tahun itu bermula hari ini sehingga 6 Julai bagi membolehka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan.

Pada 28 Jun lalu, lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 7.45 malam selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan dan direman lima hari bermula 29 Jun sehingga semalam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Sehingga kini, tiga individu ditahan reman SPRM untuk siasatan kes tersebut.

Pada 27 Jun lalu, pengarah urusan syarikat itu bersama peguam direman enam hari untuk membantu siasatan kes dan tempoh reman mereka yang tamat semalam telah dilanjutka­n sehingga Sabtu ini.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkina­n wujud penyelewen­gan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganuger­ahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementeria­n Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewen­gan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunaka­n genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Bermula 1 Jan 2017, Jepak Holding Sdn Bhd, yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalka­n elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Selain membekalka­n diesel di sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak, syarikat itu juga memasang sistem solar hibrid dan penyelengg­araan generator di 369 sekolah pedalaman selama tiga tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Riza tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) semalam.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Riza tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia