Utusan Borneo (Sarawak)

Polis perlu melalui proses tertentu yang ditetapkan Indonesia sebelum dapat membawa Jamal pulang

-

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha membawa pulang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ke negara ini secepat mungkin, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ini kerana pihaknya perlu melalui proses tertentu yang ditetapkan pihak berkuasa Indonesia sebelum dapat membawa Jamal pulang ke negara ini.

“Saya tidak boleh beri jaminan bila atau berapa hari kita boleh bawa pulang Jamal, ini bergantung atas kerjasama dan persetujua­n pihak berkuasa Indonesia.

“… dan untuk itu kita sedang berhubung dengan pihak berkuasa di sana (Indonesia) dan kita harap dapat bawa balik beliau ( Jamal) secepat mungkin untuk tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya juga telah mempersiap­kan satu pasukan khas untuk ke Indonesia bagi membawa pulang ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sekiranya perlu berbuat demikian.

“Kita sudah sediakan pasukan kita… kalau perlu kita akan ke sana. Berkenaan penahanan itu saya juga tidak dapat maklumat terperinci, saya cuma boleh sahkan be- liau dalam keadaan baik,” katanya.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan mengesahka­n Jamal telah ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada jam 6.15 petang.

Jamal, 48, dilapor menghilang­kan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei kira-kira jam 5.30 petang.

Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt tahun lepas.

Selain itu beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Sementara itu, Mohamad Fuzi mengesahka­n PDRM tidak akan menubuhkan unit baharu susulan berlakunya penstruktu­ran dan rombakan terhadap tiga jabatan dalam pasukan polis berkenaan.

Beliau bagaimanap­un berkata pegawai dan anggota daripada tiga jabatan itu akan diserapkan ke beberapa jabatan lain yang berkaitan selain bagi tujuan memperkasa­kan jabatan tersebut.

“Sesetengah pegawai dan anggota akan diserapkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), jika ada lebihan, kita akan sesuaikan di jabatan tertentu untuk menguatkan jabatan itu yang ada mengalami kekurangan anggota.

“Proses ini bukan satu perkara mudah kerana ia perlukan susunan yang teliti bagi memastikan pelaksanaa­nnya nanti berkesan… kemudian, ia perlu dirujuk pula ke JPA (Jabatan Perkhidmat­an Awam) untuk tujuan penyelaras­an,” katanya.

Pada 26 Jun lepas, Muhyiddin mengumumka­n PDRM akan menstruktu­r semula beberapa jabatan pasukan khasnya untuk tujuan penambahba­ikan selain mengembali­kan keyakinan rakyat kepada pasukan itu.

Jabatan yang akan terbabit dalam penstruktu­ran semula itu ialah Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsteris­me (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING). — Bernama

Kita sudah sediakan pasukan kita… kalau perlu kita akan ke sana. Berkenaan penahanan itu saya juga tidak dapat maklumat terperinci, saya cuma boleh

baik. ” sahkan beliau dalam keadaan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBERKAS: Polis berjaya menangkap sekumplan lelaki warga asing yang aktif menjalanka­n kegiatan samun berkumpula­n, pecah gudang dan tebuk peti besi simpanan wang dan barang kemas pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama DIBERKAS: Polis berjaya menangkap sekumplan lelaki warga asing yang aktif menjalanka­n kegiatan samun berkumpula­n, pecah gudang dan tebuk peti besi simpanan wang dan barang kemas pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia