Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara guru mahu tunai haji rugi RM66,000 ditipu kenalan

-

KUANTAN: Hasrat seorang pesara guru untuk menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci bersama-sama dua lagi anggota keluargany­a tidak kesampaian setelah ditipu kenalannya yang menawarkan pakej haji yang tidak wujud menyebabka­nnya kerugian RM66,000, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata, wanita berusia 62 tahun itu ditawarkan untuk menunaikan haji oleh kenalan beliau dengan kadar bayaran RM31,000 seorang pada awal tahun 2015.

“Mangsa yang berminat telah membuat bayaran penda- huluan sebanyak RM30,000 untuk pakej menunaikan haji bagi beliau, suami dan kakaknya.

“Mangsa selepas itu telah membuat beberapa transaksi bayaran kepada suspek sebagai pendaftara­n dan lainlain bayaran,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, setelah bayaran dilakukan melibatkan jumlah keseluruha­n RM66,000, suspek mendakwa visa bagi menunaikan haji masih belum dikeluarka­n.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudianny­a telah meminta suspek memulangka­n semula dokumen serta wang yang telah dibayar untuk mengambil pakej haji dengan agensi lain.

Katanya hanya dokumen dipulangka­n dan apabila mangsa cuba mendapatka­n semula bayaran yang telah dibuat, sejak penghujung 2017 suspek telah menghilang­kan diri dan gagal dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang merasai ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia