Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Imigresen tumpas sindiket aktif menyeludup migran di klia2

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) menumpaska­n satu sindiket penyeludup­an migran yang aktif di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam satu operasi khas pada jam 3.30 petang kelmarin.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata dua lelaki warganegar­a Myanmar ditahan dalam operasi itu dengan seorang daripadany­a merupakan dalang utama sebagai perancang menguruska­n ketibaan dan kemasukan migran ke negara ini dengan penerbanga­n dari Yangon.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek ini merupakan pemegang kad UNHCR (Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian) dan pernah mempunyai rekod kesalahan imigresen sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mustafar berkata, JIM turut menahan dua orang migran warganegar­a Myanmar yang masuk ke negara ini ketika operasi itu dijalankan.

Katanya, pasukan operasi JIM melakukan pemerhatia­n sepanjang ketibaan migran terbabit dan seterusnya mengekori kenderaan yang dinaiki suspek dan migran terbabit sebelum berjaya dipintas di hadapan sebuah pasar raya di Balakong, Selangor.

Mustafar berkata bagi memastikan pergerakan mereka tidak dihidu, sindiket menggunaka­n perkhidmat­an Grab secara rambang atau menggunaka­n perkhidmat­an kereta sewa haram.

Ketika tangkapan dibuat, katanya sindiket dalam perjalanan untuk menghantar migran berkenaan ke lokasi yang telah ditetapkan sebelum bekerja dengan majikan mereka.

“Pemandu Grab dan kenderaan dibebaskan setelah selesai dirakam kenyataan dan dikeluarka­n Saman Kepada Saksi bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Mustafar, siasatan awal mendapati migran terse- but diuruskan oleh seorang ejen dikenali sebagai ‘Muhammed’ dan perlu membayar antara RM3,000 hingga RM4,000 kepada sindiket bergantung kepada status dokumen mereka sama ada mampunyai senarai hitam imigresen atau memiliki visa palsu.

“Sindiket didapati aktif dalam aktiviti ini dan telah beroperasi antara lima hingga 10 tahun.

Kesemua migran yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala suspek akan disiasat di bawah Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Pindaan 2010), kata Mustafar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia