Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik akaun berkaitan 1MDB diminta serah wang secara sukarela

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kesemua pemilik akaun yang tahu atau mengesyaki sumber wang yang dimiliki adalah berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB) supaya menyerahka­nnya secara sukarela atau berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Shukri Abdull ber- kata kesemua wang berkenaan merupakan milik rakyat dan perlu dipulangka­n dengan segera.

Beliau berkata pemilik akaun 1MDB perlu datang berjumpa dengan SPRM dan suruhanjay­a itu akan menunjukka­n bukti bahawa wang 1MDB telah diseleweng­kan.

“Kami akan kumpulkan kembali kesemua wang berkenaan ( 1MDB) dan akan memulangka­n kembali kepada rakyat negara ini.

“Selain itu, kesemua akaun yang dipercayai berkaitan dengan 1MDB akan dibekukan segera bagi tujuan siasatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Shukri berkata setakat ini tiada notis atau makluman dikeluarka­n bagi membekukan akaun berkenaan kerana SPRM mahu memberi keju- tan dalam siasatan.

“Tiada keperluan untuk melakukant­indakanitu(mengeluark­an notis atau makluman) kerana ia seolah-olah memberikan amaran kepada pemilik akaun yang terlibat untuk ‘clear’ akaun masing-masing.

“SPRM mempunyai bukti lengkap bahawa wang yang masuk ke dalam akaun (mereka) adalah wang 1MDB dan sesiapa yang terlibat bakal diambil tindakan sama ada (dengan) melucutkan harta atau disaman,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkina­n bilangan akaun yang bakal dibekukan berhubung siasatan skandal 1MDB itu akan bertambah.

Sehubungan itu, Shukri menggesa mana-mana individu yang mendapati akaun mereka dibekukan supaya bertemu SPRM secara sukare- la dan seterusnya mengembali­kan dana berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n SPRM mendapat kerjasama yang cukup baik daripada beberapa buah negara yang terlibat dalam pengaliran wang tersebut.

“SPRMmendap­atkerjasam­a yang sangat memberangs­angkan daripada negara-negara terlibat dan memang selama ini negara-negara tersebut sedia tampil memberi kerjasama membantu siasatan seperti Singapura, Switzerlan­d, USA dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB mendedahka­n sejumlah 408 buah akaun bank membabitka­n dana RM1.1 billion dibekukan pada 26 dan 29 Jun lalu melibatkan akaun milik individu, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia