Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki berkahwin budak perempuan 11 tahun sedia berdepan tindakan undang-undang

-

GUA MUSANG: Lelaki berumur 41 tahun yang berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, selatan Thailand pada 18 Jun lepas, sedia berdepan dengan tindakan undang-undang.

Che Mohd Karim Che Hamid berkata, beliau sudah memberi kerjasama penuh kepada semua pihak yang menjalanka­n siasatan berhubung pernikahan­nya itu dan sedia menerima hukuman jika bersalah.

Bagaimanap­un, beliau tetap tidak akan berpisah dengan isterinya itu dan bersedia menunggu lima tahun lagi sehingga isterinya mencapai umur 16 tahun untuk tinggal bersama dalam sebuah keluarga, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Panggong Lalat di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan Zaini Sulaiman berkata, peraih getah berkenaan boleh didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan tidak mendapat kebenaran isteri untuk berpoligam­i.

“Saya rasa tidak bersalah kerana saya nikah juga diwakil wali bapa budak perempuan itu dan nikah gantung sehingga lima tahun lagi sebelum boleh tinggal bersama,” kata Che Mohd Karim.

“Pernikahan itu sudah diperjelas­kan jurunikah Thailand terbabit supaya jangan tinggal bersama lagi kerana isteri ketiga saya bawah umur,” kata lelaki itu yang berasal daripada Gua Musang.

Nikah gantung bermaksud pernikahan berlaku antara pasangan tetapi tidak duduk serumah untuk satu tempoh tertentu yang ditetapkan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Walaupun tidak tinggal bersama, Che Mohd Karim berjanji untuk menjaga isteri ketiganya itu dengan baik sama seperti dua lagi isterinya serta enam anak.

“Walaupun isteri ketiga itu tinggal bersama ibu bapanya dan terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk tinggal bersama saya, namun nafkah segala perbelanja­an tetap saya tanggung termasuk juga diberi pendidikan agama,” katanya.

Keluarga budak perempuan berkenaan yang merupakan warga Thailand tinggal di Gua Musang dengan mengambil upah menoreh getah.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukka­n seorang lelaki melangsung­kan perkahwina­n dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak Jumaat lepas setelah perkara itu dikongsika­n isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan itu, pengguna laman sosial pelbagai lapisan masyarakat mengecam tindakan lelaki terbabit dan berpendapa­t ia tidak sepatutnya berlaku. — Bernama

Jumlah itu tidak termasuk kos berkaitan utiliti, pengurusan pegawai serta penyelengg­araan depot yang tentunya memberi beban kewangan lebih besar jika pendatang haram ini tidak terus

ditahan. ” diusir selepas

“Jumlah itu tidak termasuk kos berkaitan utiliti, pengurusan pegawai serta penyelengg­araan depot yang tentunya memberi beban kewangan lebih besar jika pendatang haram ini tidak terus diusir selepas ditahan.

“Kita mengambil ketetapan pengusiran segera akan dibuat, malah bahagian penasihat undang-undang jabatan juga diminta mempercepa­t proses berkaitan agar langkah maksimun tahanan adalah 1,500 di Bukit Jalil dan minimum 350 di Bekenu, Sarawak.

Bahagian undang-undang akan bekerja keras bagi memastikan mereka yang ditahan diusir segera tanpa melewati tempoh siasatan antara dua hingga 14 hari, katanya

Dalam pada itu, beliau berkata Ops Mega 3.0 yang digerakkan selepas Program Rehiring berakhir, menyaksika­n seramai 1,285 pendatang haram ditahan bersama 16 majikan.

Beliau berkata program yang bermula 15 Februari 2016 itu menyaksika­n 744,942 PATI dan 83,919 majikan telah berdaftar, dengan 364,966 daripadany­a telah diproses.

Katanya, majikan yang gagal mendaftark­an pekerja asing mereka digesa menghantar pulang pekerja terlibat menerusi Program Serah Diri Secara Sukarela ( Program 3+1) bagi mengelak risiko dikenakan tindakan.

Mustafar berkata bagi tem- poh 1 Januari hingga 1 Julai tahun ini, seramai 117,448 pendatang haram telah dihantar pulang melalui program itu.

Sementara itu, Rais dalam ucapannya menyaranka­n penggunaan nama PATI bagi pendatang asing diganti dengan istilah ‘ pendatang haram’ bagi menggambar­kan keadaan sebenar golongan itu, selain mengupayak­an tindakan jabatan.

Beliau berkata, walaupun agar kasar, ia amat bertepatan, apatah lagi kepada mereka yang masuk menerusi ‘jalan tikus’ yang nyata menyalahi undangunda­ng negara. — Bernama

Datuk Mustafar Ali Ketua Pengarah Imigresen

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNGAN: Ayu (tengah) yang bernikah dengan lelaki yang berumur 41 tahun menerima kunjungan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Wanita Negeri Mumtaz Md Nawi (kanan) di rumahnya di Kampung Panggong Lalat dekat Gua Musang, kelamrin.
— Gambar Bernama KUNJUNGAN: Ayu (tengah) yang bernikah dengan lelaki yang berumur 41 tahun menerima kunjungan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Wanita Negeri Mumtaz Md Nawi (kanan) di rumahnya di Kampung Panggong Lalat dekat Gua Musang, kelamrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia