Utusan Borneo (Sarawak)

Isu cacing: Pengimport dan pengekspor­t berdepan tindakan jika ulangi kesalahan

-

PUTRAJAYA: Pengimport dan pengekspor­t produk sardin dalam tin yang barubaru ini dikesan mengandung­i benda asing cacing akan dikenakan tindakan undangunda­ng jika mengulangi kesilapan sama pada masa hadapan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, sebagai kesalahan pertama, produk itu hanya dikembalik­an kepada negara pengekspor­t.

“Setakat ini tiada tindakan diambil kerana sebagai sebuah jabatan baharu, kita mengambil pendekatan berhemah dengan mengutamak­an aspek ‘mendidik’ berbanding tindakan, apatah lagi ia juga kesalahan pertama dan berjaya dikesan sebelum produk itu memasuki pasaran.

“Tetapi jika kesalahan sama berulang, hak mengimport akan ditarik selain berhadapan tindakan tegas di bawah Seksyen 14 Akta MAQIS yang memperuntu­kkan denda hingga RM100,000 atau enam tahun penjara atau kedua- duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri jabatan itu di sini semalam.

Beliau mengulas perkembang­an kejayaan MAQIS menahan dua kontena berisi sardin dalam tin yang mengandung­i cacing menggunaka­n label Ranesa yang dibawa masuk dari China melalui pintu masuk North Butterwort­h Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang.

Pemeriksaa­n fizikal dan persampela­n ke atas beberapa tin sardin daripada produk dengan anggaran berat 36,720 kilogram dan bernilai RM199,797.24 itu membawa kepada penemuan benda asing iaitu Nematoda, sejenis cacing daripada Genus Anisakis spp yang boleh membawa penyakit kepada manusia.

Tiga hari selepas itu, enam lagi produk ikan sardin jenama produk ikan sardin di dalam tin turut dikesan Kementeria­n Kesihatan mengandung­i benda asing iaitu cacing Filum Nematoda juga daripada Genus Anisakis spp.

Mokhtarud- din berkata, setakat ini belum ada syarikat atau pengimport yang dikenakan tindakan di bawah kesalahan seumpama berbanding syarikat yang membawa masuk produk tanpa permit import di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, MAQIS dengan kekuatan 362 anggota penguatkua­sa telah memperting­kat dan memperketa­t pengawasan di 57 pintu masuk utama negara dalam memastikan produk makanan yang diimport berada dalam kualiti yang baik dan tidak memudaratk­an pengguna di negara ini.

Mana-mana produk akan dipastikan mematuhi tiga syarat utama iaitu memiliki permit import dari MAQIS, sijil kesihatan dari negara pengekspor­t serta disahkan halal sebelum dibenar dibawa masuk untuk kegunaan di negara ini, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Aseh yang mewakilkan Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n memakaikan topi keledar kepada kakitangan Prasarana Malaysia Berhad pada Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke tempat kerja Peringkat Kebangsaan PERKESO 2018 di Kompleks...
— Gambar Bernama PELANCARAN: Aseh yang mewakilkan Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n memakaikan topi keledar kepada kakitangan Prasarana Malaysia Berhad pada Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke tempat kerja Peringkat Kebangsaan PERKESO 2018 di Kompleks...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia