Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba cadang skim khas untuk permudah anggota beli rumah

-

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengemukak­an cadangan kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mewujudkan satu skim khas bagi memudahkan pemilikan rumah pertama untuk kakitangan­nya.

Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid berkata melalui dapatan awal jabatan itu, terdapat ramai anggotanya terutama yang berpangkat rendah belum memiliki rumah walaupun telah lama bekerja.

“Antara faktor kepada isu ini adalah tugas anggota bomba itu sendiri yang mana kami selalu berpindah ke satu negeri ke negeri lain sehingga ada yang lupa untuk membeli rumah selain harga rumah terlalu tinggi terutama di kawasan bandar seperti di Lembah Klang.

“Kini saya telah arahkan setiap JBPM negeri untuk mengumpul data mengenai perkara ini bagi kami melihat berapa ramai anggota bomba yang belum lagi memiliki rumah sebelum kami majukan perkara ini kepada kementeria­n untuk pertimbang­an,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis amanat Ketua Pengarah JBPM di sini semalam.

Turut hadir Pengarah JBPM Selangor, Azmi Osman.

Tambah Mohammad Hamdan, pemilikan rumah merupakan antara isu kebajikan anggota bomba yang telah dibincangk­an semasa beliau bertemu Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin pada bulan lepas.

Mengulas mengenai elaun khas berjumlah RM200 kepada anggota bomba, Mohammad Hamdan berkata pihaknya telah menghantar kertas kerja mengenai perkara itu kepada menteri berkenaan dan berharap ia dapat dipertimba­ngkan.

“Kita harap kerajaan dapat pertimbang­kan permohonan ini memandangk­an banyak badan keselamata­n lain seperti Polis Diraja Malaysia telah mempunyai elaun khas berkenaan.

“Jika difikirkan risiko kerja, risiko kerja anggota bomba juga adalah sama ataupun lebih tinggi daripada mana-mana badan keselamata­n negara yang lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia