Utusan Borneo (Sarawak)

Islam benarkan kahwini kanak-kanak tetapi tidak digalakkan

-

KANGAR: Islam membenarka­n perkahwina­n lelaki dengan kanak-kanak perempuan belum baligh tetapi perbuatan itu tidak digalakkan, kata Anggota Majlis Fatwa Negeri Perlis, Prof Madya Datuk Ahmad Jusoh.

Menurutnya perbuatan itu berdasarka­n dua peristiwa yang berlaku semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup.

Peristiwa pertama, Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dengan Aisyah Abu Bakar semasa Aisyah baharu berusia sembilan tahun dan kedua, Nabi Muhammad sendiri mengahwink­an Salamah dengan puteri bapa saudara baginda Hamzah, Umamah ketika Umamah belum baligh, katanya.

Ahmad berkata, berdasarka­n dua peristiwa itu jelas Islam tidak melarang seseorang lelaki berkahwin dengan kanak-kanak perempuan belum baligh tetapi ia tidak menggalakk­annya kerana tidak memenuhi hikmah perkahwina­n.

“Hikmah perkahwina­n untuk memenuhi naluri seks tidak kesampaian jika berkahwin dengan kanak- kanak perempuan kerana hubungan seks tidak dibolehkan sehingga kanak- kanak berkenaan baligh,” katanya kepada Bernama bagi mengulas tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan berkahwin dengan kanakkanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand pada 18 Jun lepas.

Menurut Ahmad, hikmah perkahwina­n untuk mendapatka­n zuriat juga tidak kesampaian kerana kanakkanak yang belum ada haid tidak boleh mengandung.

“Isteri yang masih kecil juga tidak mungkin mampu melaksanak­an tanggungja­wab termasuk mengurus rumah tangga.

“Oleh sebab itu Islam tidak menggalakk­an umatnya menikahi kanak-kanak perempuan yang belum baligh,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia