Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan digesa masukkan polisi keselamata­n perjalanan dalam polisi keselamata­n pekerja

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia menggesa semua majikan menjadikan polisi keselamata­n perjalanan antara elemen dalam polisi keselamata­n pekerja di setiap tempat kerja.

Menterinya M. Kulasegara­n berkata, kerajaan memandang serius isu keselamata­n pekerja dan menyeru semua pihak berkepenti­ngan untuk bersama-sama meningkatk­an lagi usaha-usaha pencegahan kemalangan perjalanan.

“Impak kemalangan amat besar kepada semua pihak.

Bagi 2017, anggaran jumlah perbelanja­an Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) untuk kemalangan perjalanan yang melibatkan kematian, hilang upaya dan kecederaan adalah dalam lingkungan RM600 juta hingga RM800 juta.

“Namun impak sosial akibat kemalangan perjalanan seperti kehilangan anggota keluarga, ahli masyarakat, rakan sekerja dan sebagainya adalah tidak ternilai serta tidak dapat diganti dengan wang ringgit,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan PERKESO 2018 di Prasarana Malaysia Berhad, Kompleks Rapidbus Cheras Selatan di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi PERKESO, Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

Beliau berkata, bilangan kemalangan perjalanan yang dilaporkan tahun lepas adalah sebanyak 33,319 kes dengan 667 pekerja maut akibat kemalangan perjalanan.

“Setiap hari secara puratanya terdapat dua kematian yang berpunca daripada kemalangan perjalanan di jalan raya,” katanya.

Sebanyak 52 peratus kemalangan berlaku ketika perjalanan ke tempat kerja, berbanding sewaktu pulang bekerja ataupun sedang bertugas.

Kajian oleh PERKESO dan Monash University menunjukka­n sikap penunggang motosikal dan pemandu kenderaan menjadi sebab utama kemalangan dalam kalangan penunggang di Malaysia.

Antaranya ialah pemakaian topi keledar yang tidak betul, memotong di celahcelah kenderaan, amalan memandu melebihi had laju serta menggunaka­n telefon bimbit semasa menunggang atau memandu.

Selain Prasarana, lebih 100 majikan telah menyertai program sokongan keselamata­n perjalanan PERKESO bagi tahun ini bermatlama­t mengurangk­an kemalangan perjalanan dalam kalangan pekerja masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia