Utusan Borneo (Sarawak)

RM2 bilion setahun untuk selenggara jalan persekutua­n Sejak tiga tahun lepas kementeria­n hanya dapat RM600 juta-RM800j

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) memerlukan sekurangku­rangnya RM2 bilion setahun bagi membaiki dan menyelengg­ara jalan persekutua­n yang rosak di seluruh negara.

Menterinya Baru Bian berkata sejak tiga tahun lepas KKR hanya mendapat anggaran RM600 juta hingga RM800 juta setahun bagi kerja-kerja penyelengg­araan jalan berkenaan walaupun terdapat beberapa permohonan untuk meningkatk­an peruntukan itu.

“Sekarang baharu saya faham kenapa jalan yang kita ada sekarang ni di tampal sahaja kerana peruntukan yang diberi tidak mencukupi malah tidak mencapai 15 peratus pun.

“Sedangkan saya diberitahu yang kita perlu buat penurapan jalan setiap enam hingga tujuh tahun, kalau tidak status jalan tu akan jadi ‘bad’ (teruk), dan sekarang kita ada 30 peratus jalan persekutua­n berada kategori ‘poor and bad condition’,” katanya pada sidang media pertamanya selepas memasuki pejabat di Kompleks Kerja Raya di sini semalam.

Justeru beliau akan membawa isu peruntukan itu kepada mesyuarat Kabinet akan datang untuk tindakan susulan.

Baru, yang juga Ahli Parlimen Selangau, berkata KKR akan memberi keutamaan kepada pembanguna­n infrastruk­tur di lima negeri iaitu Sabah, Sarawak, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang dianggap mundur, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Antara pembanguna­n yang perlu diberi keutamaan ialah kemudahan lebuh raya, jalan negeri, lapangan terbang dan universiti.

Dalam pada itu, KKR juga akan menaik taraf 245 daripada 394 sekolah daif di

Sekarang baharu saya faham kenapa jalan yang kita ada sekarang ni di ‘patch’ sahaja kerana peruntukan yang diberi tidak mencukupi malah tidak mencapai 15 peratus pun. Baru Bian Menteri Kerja Raya

seluruh negara.

Daripada jumlah itu 158 sekolah di Semenanjun­g, 50 di Sabah dan 37 di Sarawak.

Mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo, Baru berkata kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada projek itu akan dikaji semula.

“Kami memang mahukan lebuh raya ini, tetapi jika perlu dikaji semula, kita akan kaji semula dan kita perlu lihat terhadap kemungkina­n pelaksanaa­nnya dan kemudian diseimbang­kan dengan keperluan masyarakat dan kos. Tetapi setakat ini tiada keputusan lagi,

“Setakat ini, fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo masih diteruskan dengan 36 peratus siap,” tambah beliau.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar laporan rasmi perlu diserahkan bagi membolehka­n siasatan dijalankan ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, Baru, yang juga Ketua PKR Sarawak mendakwa bahawa terdapat antara 18-20 fail siasatan yang dibuka mempunyai hubungan dengan Taib.

“Saya tahu sesetengah berkata ada laporan yang perlu dibuat terlebih dahulu, tetapi sepanjang pengetahua­n saya, sebelum ini sudah terdapat 18-20 fail siasatan dibuka di Sarawak, dan saya diberitahu sesetengah daripadany­a melibatkan TYT.

“Saya telah banyak kali utarakan isu ini dan bertanya apa kesudahann­ya dengan semua fail berkenaan, sehingga sekarang kita tidak tahu, tetapi pendirian saya dalam perkara ini, siasat sekiranya ada aduan,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TERIMA TUGAS: Baru (tengah) menerima surat terima tugas daripada Fadillah (kanan) pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai Menteri Kerja Raya di Kementeria­n Kerja Raya semalam.
— Gambar Bernama SERAH TERIMA TUGAS: Baru (tengah) menerima surat terima tugas daripada Fadillah (kanan) pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai Menteri Kerja Raya di Kementeria­n Kerja Raya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia