Utusan Borneo (Sarawak)

PBT wajib lantik 30 peratus ahli majlis wanita

-

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diwajibkan melantik sekurang- kurangnya 30 peratus anggota majlis wanita, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata langkah itu adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengaruspe­rdanakan peranan wanita dalam kementeria­n dan PBT kerana pandangan golongan itu adalah pelengkap kepada undang-undang dan garis panduan serta rancangan pembanguna­n.

Zuraida berkata ketika ini purata penglibata­n wanita sebagai anggota majlis PBT di seluruh negara ialah 14 peratus dengan negeri Selangor mempunyai peratusan tertinggi sebanyak 22 peratus.

“Ketika ini setiap PBT mempunyai 24 orang anggota majlis, jadi kalau 30 peratus, sekurang- kurangnya tujuh orang diwakili oleh wanita,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Menurutnya syarat itu juga perlu dipenuhi oleh setiap PBT bagi mendapatka­n taraf lima bintang dalam Sistem Penggredan (Star Rating) PBT (SSR-PBT).

Zuraida berkata langkah itu juga adalah selaras dengan standard antarabang­sa yang menetapkan sekurangku­rangnya 30 peratus anggota majlis tempatan wanita antaranya Konvensyen mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si terhadap Wanita (CEDAW) dan Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) 2030.

Ditanya sama ada kementeria­n menetapkan tempoh tertentu untuk PBT mencapai peratusan tersebut, Zuraida berkata ia bergantung kepada tempoh kontrak anggota majlis masing-masing.

“Sasaran ini saya letakkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana ahli majlis adalah lantikan politik, jadi apabila PH ambil alih lantikan lama akan gugur dan sekarang dalam fasa pelantikan baharu,” katanya.

Bagi memperkasa­kan peranan belia, katanya setiap PBT juga diminta menubuhkan satu lagi lapisan di bawah anggota majlis PBT yang dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia