Utusan Borneo (Sarawak)

Nasihat Rais Yatim kepada Kabinet Pakatan Harapan

-

KUALA LUMPUR: Barisan anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan ( PH) dinasihatk­an supaya memberi tumpuan kepada usaha merealisas­ikan janji dalam manifesto pilihan raya dan mengelak daripada menyalahka­n kerajaan sebelum ini, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yang kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata dengan cara ini mereka dapat memberi tumpuan yang seimbang kepada setiap portfolio dalam sesebuah kementeria­n yang diterajui mereka.

“Tukang yang paling senang ialah tukang caci, jangan salahkan kerajaan terdahulu sebaliknya fokus untuk menunaikan janji dalam manifesto dan membangunk­an kehidupan rakyat.

“Saya luahkan ini atas prinsip kerajaan sekarang menggalakk­an ( rakyat supaya) berani menegur, kalau dulu saya menegur, saya dibuang daripada UMNO, kini saya harap saya tidak dibuang mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Rais berkata, walaupun setakat ini kerajaan PH telah berjaya melaksanak­an beberapa manifesto seperti penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), siasatan ke atas penyelewen­gan wang negara oleh pimpi- nan terdahulu dan penamatan dua tol namun masih ada manifesto penting yang belum dilaksanak­an.

“Saya melihat usaha untuk menurunkan harga barangan harian tidak lagi difokus sedangkan ia masih menjadi masalah besar pada rakyat.

“Begitu juga dengan penurunan harga minyak yang saya kira jika berjaya dilaksanak­an, ia akan menambah keyakinan rakyat kepada kerajaan PH,” kata Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antrabangs­a Malaysia (UIAM).

Beliau juga berkata, kadar tarif elektrik yang dinaikkan baru-baru ini perlu dikaji semula kerana di sebalik keuntungan yang diumum oleh beberapa syarikat seperti Petronas dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB), kenaikan tersebut adalah tidak wajar.

Sambil menyifatka­n barisan kabinet mempunyai kepakaran (bakat) yang cukup, Rais berharap agar warisan dan budaya terus disuburkan di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

“Seperti yang lalu, budaya masih lagi digabung bersama pelanconga­n, tetapi saya harap ia tidak hanya fokus pada pelanconga­n sahaja, fokus sama juga harus diberikan dalam usaha menyuburka­n semula budaya rakyat Malaysia seperti budaya antirasuah, budaya tidak mengambil hak orang lain, budaya bersih, menepati masa dan budi bahasa,” katanya.

Beliau juga memberi cadangan agar Kementeria­n Kewangan mencari formula untuk merasional­kan setiap bayaran cukai rakyat sebagai contoh cukai jalan yang dibayar oleh 19 juta pemilik kenderaan setiap tahun.

“Bagaimana untuk rasionalka­n pembayaran ini, mungkin dengan penutupan tol setiap tahun (dalam tempoh tertentu) supaya pembayaran cukai ini boleh dirasional­kan dan memberi faedah kepada pembayarny­a,” kata Rais.

Kelmarin, 13 menteri lagi dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum ini, 13 orang menteri yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri di bawah pentadbira­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Mei lepas susulan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Dr Mahathir berkata tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruha­n barisan kabinetnya kepada 29 orang menteri. — Bernama

Saya melihat usaha untuk menurunkan harga barangan harian tidak lagi difokus sedangkan ia masih menjadi masalah besar pada rakyat. Tan Sri Dr Rais Yatim Anggota PPBM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia