Utusan Borneo (Sarawak)

PAS gesa Akta Kawalan Dana Politik dan Politik Wang diperkenal­kan

-

KOTA BHARU: PAS menggesa kerajaan memperkena­lkan Akta Kawalan Dana Politik dan Politik Wang bagi mengawal dana politik yang disalurkan kepada parti-parti politik yang ada di negara ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah cuba untuk membawa akta itu ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan namun hasrat berkenaan tidak tercapai.

“Sebenarnya draf akta itu sudah ada dan PAS dan Gagasan Sejahtera pernah kemukakan pandangan balas kita terhadap akta ini dan beberapa tindakan-tindakan awal yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan ( pimpinan Barisan Nasional ketika itu).

“Tapi sayangnya akta ini tak dibawa ke sidang Parlimen dan kita mengharapk­an sidang akan datang, kita akan berusaha desak perkara itu diangkat semula oleh kerajaan (pimpinan Pakatan Harapan ketika ini),” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini, semalam.

Tuan Ibrahim mengulas mengenai tindakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak membekukan kirakira 900 akaun termasuk beberapa akaun milik UMNO pusat dan negeri- negeri susulan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, setiap parti politik perlu telus dalam menyatakan daripada mana mereka mendapat sumber kewangan untuk membiayai pelbagai aktiviti membabitka­n parti masing-masing.

“Semua (pembiayaan) dana politik ini mesti terbuka, mesti boleh diakses oleh semua orang. Kita tak mahu budaya lama kerana calon yang bertanding perlu menjalanka­n tugas sebagai wakil rakyat dan bukan mewakili kepentinga­n mana- mana pihak yang membiayai parti mereka.

“Bagi PAS, kita jelas (mengenai sumber kewangan kita). Kita tahu dana melalui sumbangan anggota kita dan kita bentang dalam setiap mesyuarat agung dan kita juga hantar (penyata kewangan) kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) dan kita tak ada perkara yang perlu diselindun­gkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia