Utusan Borneo (Sarawak)

Ngeh Koo Ham dilantik Speaker DUN Perak

-

IPOH: Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Perak pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN ke-14 Perak.

Bekas Pengerusi DAP Perak itu dipilih selepas mendapat 31 undi mengalahka­n dua calon lain iaitu Timbalan Pesuruhjay­a PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki yang memperoleh tiga undi dan bekas Timbalan Speaker DUN Perak Datuk Nasaruddin Hashim daripada Barisan Nasional (BN) menerima 25 undi.

Ngeh, 57, yang juga seorang peguam mengekalka­n kerusi Parlimen Beruas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan majoriti 27, 954 dalam pertanding­an tiga penjuru.

Pelantikan speaker DUN kecoh hampir sejam selepas Setiausaha DUN Kamarulari­ffin Ayub memaklumka­n sebanyak tiga nama calon speaker diterima hingga tarikh akhir pencalonan iaitu 26 Jun.

Bagaimanap­un Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru (BN) Datuk Abdul Manaf Hashim mempertika­ikan perkara tersebut dengan menyatakan pihaknya dimaklumka­n terdapat empat nama calon masing-masing dua daripada BN dan PAS manakala dua lagi daripada pihak kerajaan.

Abdul Manaf mahu setiausaha dewan mendedahka­n nama calon keempat tetapi ia ditolak oleh Kamarulari­ffin.

Sementara itu, ADUN Behrang (AMANAH) Aminuddin Zulkipli dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN selepas tiada nama lain dicalonkan untuk jawatan tersebut hingga tarikh akhir pencalonan.

Pada persidanga­n sehari itu juga, semua 59 ADUN mengangkat sumpah jawatan, didahului Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu di hadapan Ngeh.

Persidanga­n kemudian ditangguhk­an hingga ke tarikh yang belum ditetapkan.

Pada PRU14 yang lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi DUN, BN (27) dan PAS (3).

PH, bagaimanap­un mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 31 kerusi apabila dua ADUN BN menyatakan sokongan kepada gabungan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: Ngeh mengangkat sumpah selepas dilantik sebagai Speaker DUN Perak pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN ke-14 Perak semalam.
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: Ngeh mengangkat sumpah selepas dilantik sebagai Speaker DUN Perak pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN ke-14 Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia