Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini: Khairy

-

ALOR SETAR: Pemerhati politik yakin kebuntuan dalam pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas akan selesai hari ini iaitu pada hari pertama persidanga­n DUN berlangsun­g.

Rakyat Kedah yang ditemui juga sesungguhn­ya mengharapk­an isu itu selesai dan tidak mengheret kepada keadaan yang lebih rumit lagi termasuk perlu diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemerhati politik berpendapa­t kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan mendapat sokongan daripada tiga ‘kingmaker’ di DUN iaitu ADUN Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail ( Guar Chempedak), Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang).

Dengan sokongan tiga ADUN UMNO itu, kerajaan negeri akan memperoleh 21 undi berbanding PAS, 15 undi. PH mempunyai 18 kerusi manakala PAS 15 dan BN tiga. Selain itu, mengikut sumber, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah daripada PKR Datuk Ahmad Kassim dijangka dicalonkan bagi jawatan itu manakala ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat sebagai timbalan speaker.

Namun begitu sokongan ADUN BN belum tentu dijelmakan Rabu ini susulan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya, mengumumka­n parti itu belum mempunyai pendirian rasmi berhubung isu tersebut dan terpulang kepada kebijaksan­aan UMNO Kedah di bawah pengerusin­ya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Usaha PAS untuk memecahkan kebuntuan itu sebelum ini dengan mencadangk­an calon speaker bukan daripada kalangan ADUN tidak dapat diterima Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atas alasan sekiranya calon itu diterima, maka bilangan pembangkan­g dalam dewan mungkin akan menjadi 19, berbanding 18 di pihak kerajaan.

Seorang veteran UMNO yang enggan namanya disiarkan memberitah­u Bernama mustahil ADUN BN boleh bersama PAS untuk memilih speaker yang disokong blok pembangkan­g di DUN itu.

“PAS dengan sombong telah membuat pelbagai kenyataan yang menghentam UMNO selepas PRU barubaru ini dan jelas dalam isu ini UMNO bukan pak turut kepada PAS,” katanya.

Beliau turut menolak sama sekali Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan berikutan kekusutan itu kerana selain membabitka­n kos yang tinggi, semua pihak sebenarnya sudah terlalu letih dengan PRU untuk diadakan PRN.

Rakyat tentu marah jika PRN diadakan dan rakyat sendiri pun mahu agar pelantikan speaker dapat diuruskan dengan baik tanpa berlakunya keadaan yang merumitkan lagi situasi sedia ada.

Bagi Muhamad Mat Yakin, pemerhati politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), “Ketiga-tiga wakil BN adalah watak paling penting pada Rabu ini. Sekiranya mereka tidak memberikan sokongan kepada mana- mana parti sekali pun, jika mereka mendiamkan diri untuk berkecuali, keadaan akan berpihak kepada kerajaan PH nanti,” katanya.

Felo Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM itu berkata, walaupun jalan terakhir adalah mengadakan PRN, namun yakin keadaan itu tidak akan berlaku.

“Parti politik sudah tentu lebih matang dalam memikirkan perkara ini dan apakah mereka mahu mempertaru­hkan masa depan sendiri pada tangan pengundi daripada memikirkan bagaimana untuk memajukan negeri,” katanya.

Sementara itu, kerani swasta, Puteri Zaleha Abdullah, 37, yakin akan kebijaksan­aan kerajaan negeri menguruska­n situasi itu nanti dan berdoa keadaan tidak mengheret kepada PRN.

“Cukuplah berpolitik dan rakyat sememangny­a letih selepas PRU dulu. Kini masa untuk membangunk­an negeri dan biarlah kerajaan yang dipilih rakyat ini kembali berusaha membangunk­an negeri daripada terbabit dalam keadaan yang tidak membantu apa-apa,” katanya.

Seorang petani di Padang Terap, Yahya Ithnin, 63, berkata beliau mendoakan kepada Allah SWT agar memakmurka­n negeri ini dan tidak mahu keadaan yang lebih rumit berlaku terhadap negeri ini.

Katanya, walaupun beliau seorang penyokong PAS, namun tetap tidak bersetuju jika diadakan PRN kerana berpendapa­t ia tidak menguntung­kan sesiapa. — Bernama PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tidak mahu terikat dengan apa-apa jawatan termasuk sebagai ketua pembangkan­g di Parlimen buat masa ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, buat masa ini beliau mahu berehat tetapi tetap akan hadir ke persidanga­n Dewan Rakyat untuk memainkan peranan selaku Ahli Parlimen.

“Jawatan ketua pembangkan­g ini mesti diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkan­g. Ahli-ahli Parlimen pembangkan­g belum lagi bermesyuar­at.

“Sebenarnya, saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas kepada Menteri Belia dan Sukan yang baharu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara KBS di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau layak menyandang jawatan ketua pembangkan­g, Khairy berkata: “Ya. Tetapi saya mahu berehat dahulu dan memastikan saya bebas bersuara dan memastikan urusan parti saya berjalan dengan baik.”

“Kalau kita pegang jawatan, kita akan terikat,” katanya.

Cadangan berhubung pelantikan Khairy selaku ketua pembangkan­g yang baharu di Parlimen telah disuarakan oleh beberapa anggota UMNO termasuk Ketua Pemuda Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Namun, dalam sidang akhbar pertamanya selaku Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumka­n status Khairy akan ditentukan dalam mesyuarat dalaman parti selain rundingan dengan PAS tidak lama lagi.

Katanya, perbincang­an tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan dijangka sebelum sesi persidanga­n Dewan Rakyat yang akan bermula 16 Julai ini. — Bernama GEORGE TOWN: Projek tebatan banjir di Sungai Jelutong Diversion (Bawah Tanah) di Jalan Tengku, Persimpang­an Jalan Jelutong dan Solok Perak, di sini dijangka dapat mengurangk­an impak banjir terutamany­a di kawasan daerah Timur Laut.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata, projek yang melibatkan kawasan sepanjang 450 meter itu adalah untuk menaiktara­f paip pembentung­an sedia ada yang kini dalam keadaan tidak elok dan retak.

“Kalau tidak dinaik taraf memang akan mendatangk­an masalah pada masa akan datang. ‘Diversion’ ini adalah untuk mengalihka­n air dari Sungai Jelutong terus ke laut. Kalau tidak semuanya (air) akan masuk ke Sungai Pinang. Jika semua (air) masuk ke Sungai Pinang maka sungai ini akan lagi mudah untuk banjir.

“Memandangk­an pembanguna­n yang pesat di jajaran Sungai Pinang jadi kita mengalihka­n sebahagian air dari Sungai Jelutong terus ke laut untuk tidak membebanka­n Sungai Pinang. Jadi, Sungai Pinang tidak terbeban dengan pembanguna­n yang ada,” katanya kepada pemberita, selepas majlis pecah tanah projek tebatan banjir Sungai Jelutong Diversion (Bawah Tanah), di sini semalam.

Beliau berkata, projek yang dijangka siap pada Oktober tahun depan itu turut menggunaka­n teknologi baharu tanpa perlu melakukan pengorekan yang memberi kesan yang lebih minima.

Projek di bawah peruntukan kerajaan negeri itu menelan belanja sebanyak RM13.3 juta, katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Zairil berkata, terdapat sebanyak 50 hotspot banjir termasuk 12 kawasan ‘hotspot’ utama iaitu, satu kawasan di daerah Timur Laut, Barat Daya ( tiga), Seberang Perai Utara ( satu) dan Seberang Perai Tengah (tujuh), yang perlu diberi perhatian.

“Kerajaan negeri dan persekutua­n masing-masing telah menyediaka­n peruntukan sebanyak RM150 juta bermula pada tahun 2017 hingga 2020 untuk dibelanjak­an.

“Bagi 38 ‘hotspot’ banjir lagi akan diselesaik­an secara berperingk­at iaitu melalui projek tebatan banjir sama ada menggunaka­n peruntukan negeri, caruman perparitan atau peruntukan persekutua­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Zairil Khir (dua kanan) melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sungai Jelutong di George Town semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Zairil Khir (dua kanan) melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sungai Jelutong di George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia