Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Martinez bangkit dari ketinggala­n sebelum tewaskan Jepun 3-2 untuk mara ke peringkat suku akhir

-

ROSTOV-ON-DON, Rusia: Eden Hazard memuji semangat kebangkita­n Belgium selepas pasukannya bangkit dari ketinggala­n 0- 2 sebelum menewaskan Jepun 3-2 untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 Isnin lepas, di mana mereka akan bertemu dengan Brazil.

“Kami berasa sangat gembira untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir,” kata kapten Belgium itu, yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan wanan di Rostov.

“Semuanya tidak menj a d i p a d a awal separuh masa kedua dan kedua-dua gol Jepun se- benarnya boleh h dielak tetapi cara ra kami bangkit i t adalah hebat.”

Gol Nacer Chadli hadli pada minit ke- e- 94 m e l e n g k a p k a n kebangkita­n Belgium pada perlalawan­an pusingan an kedua iut.

Belgium menjadi pasukan pertama dalam tempoh 48 tahun yang berjaya bangkit dari ketinggala­n 0- 2 di pusingan kalah mati dalam sejarah Piala Dunia.

Dengan kemenangan itu, mereka akan menentang Brazil di Kazan pada hari Jumaat.

Gol oleh Genki Haraguchi dan Takashi Inui dalam tempoh empat minit meletakkan Jepun 2- 0 di hadapan pada awal separuh masa kedua, menyebabka­n Belgium membayangk­an

Kami berasa sangat gembira untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir. Eden Hazard Penyerang Belgium

penyingkir­an awal. Bagaimanap­un, Belgium bangkit segera dengan dua gol pantas oleh Jan Vertongh tonghen dan Marou ouane Fellaini s sebelum gol kemenangan Chadli pada minit kecederaan. “I a s a t u tr tragedi tetapi s a y a h a r u s men menerima kekalahan walaupun saya beras berasa sangat kecewa dan sedih,” kata juru jurulatih Jepun, Aki Akira Nishino. “Saya merasak sakan tiada banyak perbezaan di ant antara kedua- dua pasukan, mungkin ia keputusan saya sebagai jurulatih dan kami gagal mengekalka­n saingan apabila Belgium meningkatk­an permainan mereka.” Jurulatih Belgium, Roberto Martinez, memuji kebangkita­n pasukannya. “Pemain mempunyai keazaman untuk menang dan melakukann­ya dalam 90 minit permainan adalah satu pencapaian yang hebat,” kata Martinez. “Terus percaya dengan Belgium. Dalam Piala Dunia, anda mahu bermain dengan sempurna tetapi hakikatnya ia adalah tentang meneruskan kemaraan, tentang kemenangan.”

Selepas turut tersingkir di pusingan kedua pada 2002 dan 2010, Jepun tersingkir di pusingan kalah mati buat kali ketiga.

Dari awal, taktik Jepun adalah jelas – mengganggu permainan Belgium dan tidak memberikan banyak ruang dengan mengasak setiap bola dan taktik itu hampir membuahkan hasil.

Satu rembatan jarak jauh dari Eden Hazard adalah peluang terbaik Belgium pada 45 minit pertama ketika Jepun mengawal ketat pergerakan Hazard dan Romelu Lukaku.

Selepas tanpa sebarang gol dalam separuh masa pertama, permainan menyerlah selepas rehat apabila Jepun membuka jaringan apabila memperoleh­i bola dari kawasan padang mereka sendiri dan menggerakk­annya dengan pantas dan apabila Vertonghen gagal memintas satu umpanan, Haraguchi pantas mencuri peluang untuk menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke- 48.

Ketinggala­n gol itu menyentak keyakinan Belgium walaupun satu cubaan Hazard terkena palang tidak lama selepas itu.

Belgium semakin gelisah apabila Jepun menambah jaringan pada minit ke- 52 dari satu rembatan kencang Inui.

Terdesak mencari gol pembakar semangat, Lukaku melihat tandukanny­a tersasar tetapi ketika berbaki 25 minit permainan, Martinez memasukkan Fellaini dan Chadli untuk menggantik­an Dries Mertens dan Yannick Carrasco dan strategi beliau itu membawa hasil yang segera.

Vertonghen menebus kesilapann­ya dengan merapatkan kedudukan dari satu tandukan lambung pada minit ke- 69 sebelum Belgium mengikat kedudukan apabila umpanan tepat Hazard ditanduk kencang Fellaini pada minit ke- 74.

Ketika pemain Jepun mula keletihan mempertaha­nkan pintu gol mereka, penjaga gol Jepun, Kawashima terus beraksi tangkas menepis dua cubaan pantas dari Chadli dan Lukaku sementara Courtois juga menepis satu cubaan Keisuka Honda.

Ketika Jepun membayangk­an permainan dalam masa tambahan, Lukaku mengumpan bola kepada Chadli untuk menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI MANTAP: Hazard (kiri) diasak oleh dua pemain Jepun ketika beraksi pada perlawanan di Rostov Arena, Rostov-On-Don Isnin lepas.
— Gambar Reuters AKSI MANTAP: Hazard (kiri) diasak oleh dua pemain Jepun ketika beraksi pada perlawanan di Rostov Arena, Rostov-On-Don Isnin lepas.
 ??  ?? SAMPAOLI
SAMPAOLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia