Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar ketepi kritikan selepas dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan

-

SAMARA, Rusia: Bintang Brazil, Neymar, mengenepik­an kritikan selepas membantu Brazil melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 dengan menewaskan Mexico 2- 0 Isnin lepas.

Neymar menjaringk­an satu gol dan mengumpan satu lagi gol untuk memastikan Brazil menentang Belgium di suku akhir Jumaat ini.

Tetapi aksi cemerlang Neymar sekali lagi tercemar dengan tabiatnya gemar ‘ berlakon’ ketika diasak pemain lawan.

Insiden terbaharu ialah ketika meraung- raung dan meronta- ronta di tepi padang apabila pemain tengah Mexico, Miguel Layun kelihatan memijak pergelanga­n kakinya.

“Saya fikir ia memalukan untuk bola sepak,” kata jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio selepas perlawanan, dengan berkata ia adalah taktik Neymar untuk membuang masa.

“Kita mensiasiak­an banyak masa kerana seorang p e - m a i n . . . k a m i h i l a n g r e n t a k permainan dalam s e p a r u h masa kedua kerana pengadil.

“I n i adalah contoh buruk untuk dunia dan juga dunia bola sepak.”

Media sosial ‘ meledak’ dengan peminat bola sepak berang dan menuduh Neymar menipu, dengan bekas penyerang antarabang­sa England, Alan Shearer menggambar­kan penyerang kelab Paris Saint Germain ( PSG) itu “sangat menjengkel­kan”. “Tiada keraguan tentang keupayaann y a . B e l i a u adalah seorang pemain yang hebat,” kata S h e a r e r , yang bekerja sebagai p e n g u l a s sukan untuk penyiaran Britain, BBC. “Tetapi ia benar- benar menjengkel­kan apabila beliau meronta- ronta seperti dalam kesakitan teruk.” Namun Neymar men- genepikan kritikan selepas dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan mendakwa ia telah dirancang “untuk memperkeci­lkannya”.

“Saya tidak kisah dengan kritikan atau pujian kerana ia boleh mempengaru­hi sikap anda,” kata beliau.

“Pada dua perlawanan terakhir, saya tidak bercakap dengan media kerana saya tidak mahu melakukann­ya. Saya hanya mahu bermain, membantu rakan sepasukan, membantu pasukan.”

Pemain pertahanan Brazil, Thiago Silva, sementara itu mengetuai pujian ke atas Neymar, yang kembali beraksi tidak lama sebelum Piala Dunia selepas satu kecederaan yang menyebabka­nnya tidak beraksi selama lebih dari tiga bulan.

“Ia hebat di mana beliau dapat bermain sekarang, terutama selepas tiga setengah tahun tidak bermain,” kata Silva, rakan sepasukann­ya di PSG. “Ia sangat sukar untuk kembali bermain seperti yang beliau lakukan.”

Menentang Mexico, Neymar menyerlah selepas Brazil menangani asakan awal dari lawan yang mahu menamatkan penantian selama 32 tahun untuk ke suku akhir kejohanan.

Beliau membuka jaringan pada minit ke- 51 dari satu umpanan Willian sebelum Neymar mengumpan bola kepada pemain gantian, Roberto Firmino untuk melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Dengan dua gol, Neymar masih ketinggala­n di belakang penyerang England, Harry Kane, yang mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIKRITIK HEBAT: Neymar mengerang kesakitan selepas pergelanga­n kakinya dipijak Layun pada aksi di Samara Arena, Samara Isnin lepas.
— Gambar Reuters DIKRITIK HEBAT: Neymar mengerang kesakitan selepas pergelanga­n kakinya dipijak Layun pada aksi di Samara Arena, Samara Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia