Utusan Borneo (Sarawak)

Sampaoli dijangka dipecat ekoran penyingkir­an Argentina: Laporan media

-

BUENOS AIRES, Argentina: Jurulatih kebangsaan Argentina, Jorge Sampaoli dijangka dipecat ekoran penyingkir­an pasukannya di tangan Perancis di pusingan kedua Piala Dunia 2018, menurut laporan Isnin lepas.

Didakwa tidak sehaluan dengan pemainnya termasuk kapten pasukan, Lionel Messi, Sampaoli dijangka akan dipecat selepas hanya satu tahun membimbing pasukan, walaupun masih ada baki empat tahun lagi dari kontrak semasanya.

“Lebih bersendiri­an dari seorang yang suka bersendiri,” tulis akhbar Ole di muka hadapannya. “Jalan keluar adalah pilihan utama.”

Masalahnya ialah, keengganan Sampaoli menandatan­gani klausa dalam kontrak yang membolehka­n Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) membayar pampasan kontrak sehingga 15 juta dolar untuk menyingkir­kannya, kata laporan.

“Pengurusan mahu Sampaoli pergi, tetapi beliau bertegas,” tambah Ole, yang menganjurk­an satu tinjauan di kalangan 100,000 penduduk dan mendapati 82 peratus mahu jurulatih dari Chile itu dipecat.

Rekod Sampaoli sejak di- lantik pada Jun 2017 juga tidak memberangs­angkan jika berdasarka­n kepada standard tinggi pasukan Argentina: tujuh kemenangan, empat seri dan empat kekalahan dari 15 perlawanan.

Beliau dilantik dengan reputasi tinggi selepas membimbing Chile memenangi dua kejuaraan Copa Amerika berturut-turut di mana pasukannya menewaskan Argentina, juga untuk dua kali berturut-turut menerusi penentuan sepakan penalti.

Beliau mengambil alih tugas ketika Argentina bergelut untuk layak ke Rusia dalam kempen kelayakan.

Di bawah kendalian Sampaoli, pasukannya seri tiga perlawanan kelayakan pertama tetapi Messi menjaringk­an hatrik ketika kemenangan 3-1 di Ecuador pada perlawanan terakhir untuk membawa Argentina ke Rusia.

Tetapi keadaan menjadi dingin semasa kejohanan dengan Messi gagal menyempurn­akan tendangan penalti ketika diikat 1-1 oleh Iceland sebelum dibelasah 0-3 oleh Croatia pada perlawanan kedua namun Argentina melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Nigeria 2-1 pada perlawanan terakhir kumpulan.

Akhbar Clarin menulis “40 petanda” untuk Sampaoli, termasuk “tidak pernah menurunkan pasukan yang sama untuk dua perlawanan berturut-turut” dan “bertengkar dengan penolongny­a (Sebastian) Beccacece di hadapan pemain.”

Rakaman televisyen juga menunjukka­n Sampaoli kelihatan bersendiri­an ketika Argentina tewas 3-4 kepada Perancis pada perlawanan pusingan kedua minggu lepas dan juga meraikan gol pasukannya bersendiri­an dengan tiada pemain lain atau kakitangan kejurulati­han menyertain­ya.

Beliau juga tidak memenangi hati penyokong yang menggambar­kan penyingkir­an pasukan mereka sebagai “satu kekecewaan” berbanding “kegagalan”.

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dan jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, dibayangka­n oleh media sebagai calon pengganti.

Sasmpaoli dijadual kembali ke Buenos Aires hari ini bersamasam­a kakitangan kejurulati­hannya tetapi pemainnya, sudah meninggalk­an Rusia dengan sendiri lebih awal. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia