Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak jangka panjang Salah berita baik untuk cita-cita Liverpool, kata Klopp

-

LONDON, England: Kontrak jangka panjang penyerang antarabang­sa Mesir, Mohamed Salah, adalah satu berita baik untuk citacita Liverpool memburu kejuaraan, kata pengurus kelab, Jurgen Klopp Isnin lepas.

Klopp menambah bahawa hakikat penyerang berusia 26 tahun itu – yang menjaringk­an 44 gol dari 52 perlawanan musim lepas – menandatan­gani kontrak lima tahun – menunjukka­n kepercayaa­n beliau kepada kelab untuk satu era yang penuh kejayaan.

Liverpool dipuji kerana corak permainan menarik di bawah bimbingan Klopp tetapi malangnya, tiga penampilan pasukan ke final gagal membuahkan sebarang kejuaraan sehingga kini.

Klopp berharap Salah akan lebih sabar dengan prospek kejuaraan berbanding apa yang dilakukan oleh bakat besar kelab sebelum ini seperti Luis Suarez dan Philippe Coutinho, yang masing- masing meninggalk­an kelab untuk ke Barcelona pada 2014 dan pada Januari tahun ini dalam usaha memenangi kejuaraan.

Gol Salah, selepas tiba dari kelab AS Roma di Itali untuk bayaran perpindaha­n awal 37 juta pound, memainkan peranan penting untuk membantu Liverpool melangkah ke final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Bagaimanap­un, ia penamat mengecewak­an buat pemain selepas Salah men- galami kecederaan bahu dan terpaksa meninggalk­an padang lebih awal.

Salah kembali beraksi buat kali pertama dalam tempoh tiga minggu untuk kempen Piala Dunia 2018 bersama Mesir di Rusia dan pada perlawanan pertamanya, beliau tidak kelihatan seperti pemain ketika di Liverpool walaupun ada menjaringk­an gol ketika menentang Rusia dan Arab Saudi di mana kedua-dua perlawanan berkesudah­an dengan kekalahan.

“Kontrak baharu menunjukka­n dua perkara yang jelas – kepercayaa­n beliau dengan Liverpool dan kepercayaa­n kami dengan beliau,” kata Klopp ketika memberitah­u laman s e s a - w a n g rasmi Liverpool. “Kami mahu bakat kelas dunia untuk melihat mereka selesa di Anfield di mana mereka boleh mencapai citacita dan impian profesiona­l mereka – kami bekerja keras untuk samasama mencapai impian ini.

“Apabila seseorang seperti Mo Salah komited dengan kelab dan berkata kelab ini seperti rumahnya sekarang, ia jelas menunjukka­n apa saya fikirkan.

“Dan juga, ia adalah komitmen kami kepada beliau untuk berkata kami meng- hargainya dan kami mahu beliau sama-sama m e n i n g k a t bersama pasukan.” — AFP

 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia