Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak menghadapi masalah atasi lawan masing-masing untuk melangkah ke pusingan kedua

-

LONDON, England: Juara lapan kali, Roger Federer dan juara tujuh kali (wanita) Serena Williams, menangani cuaca panas sebelum melangkah ke pusingan kedua kejohanan Grand Slam Wimbledon di sini Isnin lepas.

Federer, juara bertahan kejohanan dan memburu rekod kejuaraan Grand Slam buat kali ke-21, memulakan penampilan ke-20 berturut-turut di Wimbledon dengan penaja baharu dan menang selesa 6-1, 6-3 dan 6-4 ke atas Dusan Lajovic dari Serbia.

Williams, seperti Federer tetapi memburu kejuaraan Grand Slam ke-24, menewaskan Arantxa Rus dari Belanda 7-5 dan 6-3.

Ia adalah perlawanan pertama Williams, jaguh dari Amerika Syarikat (AS) di Wimbledon sejak muncul juara pada 2016.

Beliau tidak bermain pada tahun lepas kerana hamil.

Federer, pilihan pertama kejohanan dari Switzerlan­d, memasuki gelanggang utama buat kali pertama dengan pakaian

Saya berasa sangat gembira, saya berasa selesa dari awal dan ia sememangny­a bagus dan ia tidak sama dengan tahun lepas apabila saya bergelut di awal permainan. Roger Federer Juara bertahan kejohanan

jenama syarikat dari Jepun, Uniqlo dalam satu penajaan berjumlah 300 juta dolar selepas dua dekad bersamasam­a Nike.

Tetapi perkara lain tidak berubah buat Federer, yang tidak menghadapi masalah untuk menang dalam masa hanya 79 minit.

Ia adalah tahun kedua berturut- turut di mana Federer menewaskan lawannya dari Serbia itu di Wimbledon.

“Saya berasa sangat gembira, saya berasa selesa dari awal dan ia sememangny­a bagus dan ia tidak sama dengan tahun lepas apabila saya bergelut di awal permainan,” kata Federer.

Selepas hanya 20 minit untuk memenangi set pertama, Federer kemudian melakukan 35 pukulan kemenangan untuk menewaskan Lajovic dan menempah pertemuan menentang Lukas Lacko dari Slovakia di pusingan kedua.

Serena, yang diletakkan sebagai pilihan ke-25 kejohanan tahun ini selepas berada pada ranking ke-181 dunia, ternyata terlalu kuat untuk Rus, pemain ranking ke-107 dunia.

Dengan kemenangan itu, Williams menghampir­i untuk menyamai rekod Martina Navratilov­a dalam era Terbuka dengan sembilan kejuaraan Wimbledon.

Di pusingan kedua, beliau akan bertemu pemain kelayakan dari Bulgaria, Viktoriya Tomova.

“Saya tidak tahu jika saya berasa lega, berasa lebih bersemanga­t atau tidak tetapi saya gembira untuk meneruskan kemaraan,” kata Williams.

Juara Terbuka AS yang juga pilihan keempat dari AS, Sloane Stephens, menjadi pemain ternama pertama tersingkir dari kejohanan apabila tewas 6-1 dan 6-3 kepada pemain ranking ke-55 dunia dari Croatia, Donna Vekic.

Bagi Stephens, yang melangkah ke final Terbuka Perancis bulan lepas, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut di pusingan pertama kejohanan.

“Tiada banyak yang dapat saya lakukan – saya tidak akan merungut dan menangis. Hidup harus diteruskan,” kata Stephens, yang mengekori pilihan keenam bahagian lelaki, Grigor Dimitrov yang tersingkir dari kejohanan.

Pemain dari Bulgaria itu tewas 1-6, 7-6(7/3), 7-6(7/5) dan 6-4 kepada Stanislas Wawrinka dari Switzerlan­d.

Wawrinka, yang jatuh ke ranking ke-225 dunia selepas pembedahan lutut, tewas empat perlawanan terakhir menentang Dimitrov. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Federer ketika bersaing menentang Lajovic pada perlawanan pusingan pertama di Wimbledon, London Isnin lepas. Gambar sisipan Serena.
— Gambar AFP SENGIT: Federer ketika bersaing menentang Lajovic pada perlawanan pusingan pertama di Wimbledon, London Isnin lepas. Gambar sisipan Serena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia