Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar pastikan Brazil atasi Mexico untuk mara ke suku akhir Piala Dunia

-

SAMARA, Rusia: Neymar menjaringk­an satu gol cantik dan mengumpan bola kepada Roberto Firmino untuk gol lewat ketika Brazil melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2018 dengan kemenangan 2-0 ke atas Mexico Isnin lepas.

Memburu rekod kejuaraan keenam di Rusia, Brazil menangani asakan awal di Samara Arena sebelum Neymar membuka jaringan untuk menggarisk­an status mereka sebagai pasukan pilihan.

Brazil akan bertemu Belgium, yang bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Jepun di suku akhir tetapi selepas Argentina, Sepanyol dan Portugal tersingkir di pusingan kedua, selain Jerman gagal melepasi pusingan pertama, anak buah Tite mengintai peluang mereka.

“Kami harus belajar untuk menderita dan kami menderita dalam padang, ia adalah perlawanan yang sukar,” kata Neymar. “Kami tahu mereka adalah lawan yang sukar.”

Mexico bermula dengan baik ketika mahu menewaskan Brazil buat kali pertama dalam pertanding­an Piala Dunia.

Tetapi selepas menguasai 20 minit pertama, Brazil kembali mengimbang­i permainan dan mula melakukan asakan demi asakan.

Perlawanan dilabelkan pertemuan di antara Neymar dan Javier Hernandez tetapi Hernandez gagal mempamerka­n aksi meyakinkan sebelum ditukarkan dalam separuh masa kedua.

Brazil bangkit dari permainan hambar dengan satu cubaan Neymar dihadang Guillermo Ocho sebelum cubaan rakan penyerang, Gabriel Jesus ditepis penjaga gol.

Selepas rehat Mexico hilang rentak dan fokus, membolehka­n Neymar membuka jaringan pada minit ke-51.

Penyerang kelab Paris Saint Germain itu berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan sebelum menolak hantaran lintang Willian dari jarak dekat untuk membuka jaringan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia