Utusan Borneo (Sarawak)

Magit mengunggul­i Kejohanan Golf Bidayuh

-

KUCHING: Magit Semong muncul juara Kejohanan Golf Bidayuh Dunia (WBGC) Ke14 diadakan di Samarahan Country Club pada Sabtu lalu.

Pemain itu mencatat 78 pukulan dalam kategori ‘ gross’ untuk menjulang Trofi Cabaran Dato Sri Michael Manyin buat kali keempat sejak 2014.

Tempat kedua disandang Zackarias Kho dengan 80 pukulan manakala Dominic Josip dengan 84 pukulan di tempat ketiga.

Bagi kategori ‘nett’, Trofi Cabaran Presiden DBNA milik Andrew Peter selepas mencatat 65 pukulan.

Andrew juga dengan 65 pukulan di tempat kedua disusuli Lester Matthew dengan 67 pukulan.

Alice Ripet pula membawa pulang Trofi Cabaran Datin Sri Mary Manyin selepas menggondol kategori gross wanita dengan 90 pukulan manakala Beatrice Miren di tempat kedua dengan 100 pukulan.

Trofi Cabaran Togap menjadi milik Jordan Hong selepas berjaya menewaskan semua pemain jemputan dengan 81 pukulan.

Gerard Tan di tempat kedua dengan 82 pukulan dan tempat ketiga Luqman Nul Hakim dengan 83 pukulan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong yang juga penaja kejohanan di Ibu Pejabat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

Turut berlangsun­g majlis penyerahan sijil oleh Suruhanjay­a Sukan kepada kelab baharu didaftarka­n, Kelab Golf Bidayuh atau Togap.

Kira- kira 100 pemain golf dari seluruh negeri termasuk dari Sabah dan Kuala Lumpur menyertai kejo- hanan kali ini. Mereka turut disertai seramai 20 pemain jemputan kalangan komuniti Cina, Melayu, Iban, Melanau dan Orang Ulu.

WBGC bermula sejak 2005 dan terbuka kepada pemain golf berbangsa Bidayuh dan keturunann­ya.

Penyertaan turut dibuka kepada beberapa pemain dari komuniti lain pada 2016 untuk bersaing dalam kategori jemputan.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik dan Presiden Togap, Dr Simon Sinang Bada.

 ??  ?? KAMI JUARA: Ariffin (tiga kiri) menyampaik­an piala kepada pemain pasukan Piasau Jaya A yang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Veteran 40 Tahun Terbuka 2018.
KAMI JUARA: Ariffin (tiga kiri) menyampaik­an piala kepada pemain pasukan Piasau Jaya A yang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Veteran 40 Tahun Terbuka 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia