Utusan Borneo (Sarawak)

‘Malam Bintang Lagenda’

-

BUAT pertama kali peminat muzik di selatan tanah air bakal disajikan dengan persembaha­n nama-nama besar dalam arena rock dan metal tempatan seperti Ella, Cromok, Prime Domestic dan Sil Khannaz dalam Konsert Rockstars dan Konsert Metal Legend II Live In Jb yang akan diadakan di Stadium Perbandara­n Pasir Gudang pada 7 dan 8 September nanti.

Kedua-dua siri konsert ini masing-masing dianjurkan secara berasingan oleh syarikat tempatan D Grand Stage Event dan Dreamstage.

Namun, atas rasa kekitaan dalam usaha kedua-dua pihak memartabat­kan aliran muzik rock dan metal, kedua-dua pihak penganjur bersetuju untuk menggabung­kan kedua-dua siri konsert ini di bawah satu nama iaitu Malam Bintang Lagenda.

Konsert Rockstars anjuran D Grand Stage Event (7 September 2018) bakal menampilka­n ratu rock Ella sebagai tarikan utama dan menampilka­n Prime Domestic sebagai band jemputan.

Kali terakhir Ella beraksi dalam konsert berskala besar yang seumpamany­a dalam Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada tahun 2016. Ella juga pernah menjayakan konsert skala kecil di Esplanade, Singapura dan Dewan Filharmoni­k Orkestra, Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Meskipun baru sahaja menjayakan konsert perdananya di dua pentas berprestij di Asia, ini tidak menghalang Ella untuk kembali beraksi di pentas marhain. Dalam konsert ini, Ella bakal menyajikan persembaha­n yang lebih mantap dengan pemilihan lagu dan susunan muzik yang lebih bercitaras­a peminat ‘rock & roll’.

Persembaha­n Ella bakal diiringi oleh pemuzikpem­uzik handalan di bawah pimpinan pengarah muzik Aji Samin.

Peminat boleh menjangkak­an mereka bakal dihiburkan dengan gabungan lagu hits malar segar Ella antaranya seperti ‘Dua Insan Bercinta’, ‘Kesal’ dan ‘Kitalah Bintang’, yang pastinya akan membawa peminat mengimbau kembali tahun-tahun mereka bersama Ella.

Turut menggegark­an pentas konsert ini adalah Prime Domestic iaitu kumpulan ‘super band’ yang diterajui Joe (gitar) turut menampilka­n Aweera sebagai penyanyi, Hillary Ang (gitar), Fauzi (bass) dan Ainoll (dram).

Meskipun nama Prime Domestic masih baru, namun ahli-ahli kumpulan Prime Domestic ini bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tempatan. Bermula sebagai band projek pada tahun 2012, Prime Domestic menggabung­kan pemuzik profesiona­l terkenal yang sebelum ini pernah mencipta nama bersama band-band rock tempatan seperti Wings, Search, NRG dan Kristal.

Konsert Metal Legend II Live In Jb anjuran Dream Stage (8 September 2018) diadakan berikutan kejayaan Konsert Metal Legends Live In Concert yang menampilka­n paduan dua band metal terkemuka Malaysia, XPDC dan Cromok beraksi di atas satu pentas di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 3 Februari yang lalu.

Sebagai kesinambun­gan dan atas permintaan ramai, pihak penganjur Dream Stage kini membawa konsep yang sama ke Pasir Gudang dalam Konsert Metal Legends II Live In JB.

Konsert ini menampilka­n band lagenda metal, Cromok yang cukup terkenal dalam persada aliran muzik metal tanahair. Cromok yang dianggotai oleh Sam selaku pemain bass dan vokal, Karl (gitar) serta Miji (dram) adalah kumpulan perintis muzik ‘thrash metal’ tempatan dan sudah 31 tahun dalam industri.

Cromok dijangkaka­n akan mempersemb­ahkan lagu-lagu hits mereka seperti ‘Another You’, ‘I Do Not Belong Here’, ‘Misty’ dan ‘Memories’ yang pastinya akan memberi sejuta nostalgia buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka.

Bagi menghangat­kan lagi suasana pentas, kumpulan yang berpaksika­n kepada aliran muzik ‘death metal’ iaitu Sil Khannaz turut ditampilka­n sebagai band jemputan.

Sil Khannaz yang dianggotai oleh Jaie (vokal), Dark-e (gitar), Roi (gitar), Neer Hashirim (bass) dan Afzal (dram) ini ditubuhkan sejak 1987.

Kumpulan lagenda ‘death metal’ yang paling berpengaru­h di Malaysia ini antara pejuang muzik ekstrem yang masih aktif hingga kini.

Bintang-bintang lagenda yang ditampilka­n dalam kedua-dua konsert ini cukup berwibawa di arena muzik yang mereka pelopori, baik di arena mainstream atau undergroun­d.

Justeru, kredibilit­i dan karisma mereka dalam aliran muzik yang dinaungi mereka sudah tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Selain daripada penampilan bintang lagenda yang berwibawa, pihak penganjur turut menjanjika­n kelainan dari segi pemilihan lagu, susunan muzik, sistem bunyi, set pentas sehingga kepada penataan cahaya yang terbaik, bagi memastikan konsert ini memberi impak berbeza kepada peminat.

Lebih menarik lagi, ianya bakal memberikan pengalaman baru kepada peminat yang hadir apabila pihak penganjur akan menggunaka­n sistem bunyi 7:1 Stereo Surround untuk kedua-dua konsert.

Ini merupakan pertama kalinya sistem bunyi keliling yang seumpamany­a digunakan untuk konsert tempatan.

Sistem bunyi keliling ini bukan sahaja dijangka mampu menampung keperluan bunyi di pentas terbuka seperti lokasi Stadium Perbandara­n Pasir Gudang itu sendiri, malah gegaran bunyi yang bakal dihasilkan juga dikatakan mampu memberi kepuasan tahap maksima kepada peminat.

Pihak penganjur D Grand Stage Event dan Dream Stage menjangkak­an dengan gabungan persembaha­n yang mantap, sistem bunyi yang padu dan permainan cahaya yang menarik bakal membuat peminat pulang dengan kepuasan sekaligus menjadikan kedua-dua konsert ini sajian konsert rock dan metal terbaik tahun ini.

Tiket Konsert Rockstars boleh didapati dengan dengan harga RM58 (Lepak Zone), RM78 (Rama-Rama Zone), RM80 (Kasih Zone), RM150 (7.1 Surround Zone) dan RM250 (Gemilang Zone).

Manakala tiket Konsert Metal Legend II Live In Jb boleh didapati dengan harga RM48 (Lepak Zone), RM68 (Thrash Zone), RM90 (Hardcore Zone), RM180 (VIP Lepak Zone) dan RM250 (VIP Hardcore Zone).

Tiket boleh dibeli secara online di http://www. ilassotick­ets.com atau pun boleh dibeli secara terus di lokasi terpilih seperti Rock Corner The Garden Midvalley, Victoria Music Sungai Wang dan Victoria Music Amcorp Mall.

Bermula pada 3 September 2018 ini, tiket juga boleh dibeli di kaunter pintu masuk Stadium Perbandara­n Pasir Gudang.

 ??  ??
 ??  ?? CROMOK
CROMOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia