Utusan Borneo (Sarawak)

63 hilang dalam nahas kapal terbaharu di Mediterran­ean: Tentera Laut Libya

-

TRIPOLI: Seramai 63 pendatang hilang selepas bot getah yang mereka naiki karam di perairan pantai Libya, kata seorang jurucakap tentera laut negara kepada AFP, yang memetik keterangan saksi daripada mangsa terselamat.

Jeneral Ayoub Kacem berkata 41 pendatang yang memakai jaket keselamata­n telah diselamatk­an. Menurut mangsa terselamat, seramai 104 orang menaiki kapal tersebut, yang karam di perairan Garaboulli, ke timur Tripoli.

Selain 41 orang yang diselamatk­an, sebuah bot pengawal pantai Libya kembali ke Tripoli kelmarin dengan 235 pendatang lain, termasuk 54 bayi dan 29 wanita, yang diselamatk­an dalam dua operasi lain di kawasan sama.

Kepulangan kapal itu ke pantai telah ditangguhk­an selama 24 jam kerana mengalami kerosakan, kata Kacem.

Selain kejadian kapal karam terbaharu, kira-kira 170 pendatang sudah hilang di Laut Mediterran­ean dari Jumaat hingga Ahad lepas.

Pada Jumaat lepas, tiga bayi maut di luar pantai Libya manakala 100 orang masih hilang dalam satu lagi kemalangan kapal di Laut Mediterran­ean.

Hanya 16 orang diselamatk­an, semuanya pemuda, sementara mangsa yang hilang termasuk dua bayi dan tiga kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Libya merupakan negara transit penting bagi ribuan pendatang Afrika yang cuba pergi ke Eropah.

Ratusan pendatang maut setiap tahun sewaktu menyeberan­gi Laut Mediterran­ean dalam keadaan bahaya untuk pergi ke Itali, dengan mengambil kesempatan ke atas ketidaksta­bilan politik di negara utara Afrika itu untuk berlepas dari pantai Libya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia