Utusan Borneo (Sarawak)

Malta tahan kapal penyelamat pendatang kedua di pelabuhann­ya

-

VALLETTA: Malta kelmarin menahan kapal penyelamat pendatang yang kedua dari meninggalk­an pelabuhann­ya, ketika agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 300 kematian pendatang di laut sepanjang empat hari.

Badan kebajikan Jerman Sea- Watch berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawangny­a bahawa kapal Sea-Watch 3 telah “ditahan di Malta, tanpa sebarang dasar perundanga­n yang disediakan oleh pihak berkuasa.”

Keputusan oleh Malta untuk menahan kapal muncul beberapa hari selepas Lifeline, sebuah lagi bot kebajikan, ditahan selepas ia berlabuh di Malta dengan membawa lebih 200 pendatang pada Rabu.

Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menuduh Life- line melanggar undang-undang antarabang­sa dengan mengambil pendatang di luar perairan Libya dan mengibarka­n secara tidak sah bendera Belanda.

Kelmarin kapten Lifeline Claus-Peter Reisch hadir di sebuah mahkamah Malta, didakwa mengetuai sebuah kapal yang tidak didaftarka­n dengan sepatutnya, dakwaan yang dia nafikan.

Perbicaraa­n dijangka akan berterusan pada minggu depan dan Reisch telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 10,000 euro.

Selepas kehadirann­ya di mahkamah Reisch mengeluark­an sebuah video di mana dia berkata: “Saya berasa gembira kerana saya tidak melakukan sesuatu yag melanggar undang-undang, saya haya menyelamat­kan 234 nyawa manusia.”

Dia menggambar­kan pengawal pantai Libya sebagai “benar-benar tidak kompeten” dan “tidak profesiona­l” serta menyatakan mereka tidak mempunyai kelengkapa­n untuk melakukan misi menyelamat .

Kelmarin Sea-Watch menuduh Malta melakukan “kempen politik” untuk menghentik­an tindakan menyelamat di laut.

“Ketika aset menyelamat telah disekat di pelabuhan, beberapa hari ini adalah yang paling banyak mengorbank­an nyawa pada tahun ini,” kata badan kebajikan itu.

Pada lewat kelmarin agensi pelarian PBB UNHCR yang mempunyai cawangan di Libya menyatakan dalam Twitter bahawa 114 orang hilang di laut selepas bot mereka karam di luar perairan Libya.

Tragedi baharu itu menyusuli laporan UNHCR bahawa lebih 100 pendatang mati lemas pada Jumaat lepas, ter- masuk tiga bayi, dan seramai 63 lagi hilang di laut selepas bot mereka karam pada Ahad lepas.

MenurutOrg­anisasiAnt­arabangsa bagi Migrasi, insiden baharu telah meletakkan angka kematian di laut pada tahun ini seramai lebih 1,000 orang.

Kelmarin, kapten SeaWatch 3 Pia Klemp menuduh ahli politik EU menghalang operasi menyelamat dan menyatakan mereka “perlu memikul tanggungja­wab mereka bagi kubur beramairam­ai di Mediterran­ean”.

Sea-Watch tetap menyatakan bahawa kapalnya adalah benar-benar berdaftar dengan pihak berkuasa Belanda.

Kapal telah “disenaraik­an dalam pendaftara­n perkapalan diraja sebagai kapal Belanda” dan “layak sepenuhnya untuk mengibarka­n bendera Belanda,” tegas badan kebajikan itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KENA TAHAN: Kapal penyelamat Sea-Watch 3, yang ditahan oleh pihak berkuasa Malta, dilihat berlabuh di Pelabuhan Utama Valletta di Marsa, Malta kelmarin.
— Gambar Reuters KENA TAHAN: Kapal penyelamat Sea-Watch 3, yang ditahan oleh pihak berkuasa Malta, dilihat berlabuh di Pelabuhan Utama Valletta di Marsa, Malta kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia