Utusan Borneo (Sarawak)

Uskup Australia gagal lapor kes pedofilia kena penjara 12 bulan

-

SYDNEY: Salah seorang pegawai gereja berpangkat paling tinggi yang didapati bersalah menyembuny­ikan pencabulan seks kanak-kanak semalam dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan, tetapi Uskup Agung Philip Wilson dapat mengelak penjara selepas mahkamah mengarahka­n dia dinilai untuk tahanan rumah.

Uskup agung di Adelaide berusia 67 tahun itu didapati bersalah pada Mei lalu atas tuduhan menyembuny­ikan pencabulan yang dilakukan oleh paderi pedofilia Jim Fletcher di daerah Hunter dalam New South Wales pada zaman 1970-an kerana gagal melaporkan dakwaan yang dibuat tentang Fletcher.

Dia menafikan tuduhan tersebut dan pasukan guamannya membuat empat cubaan untuk menggugurk­an kes itu, dengan hujah bahawa Wilson mengalami penyakit Alzheimer dan oleh yang demikian sepatutnya mengelak perbicaraa­n – walaupun diagnosis itu tidak menghalang­nya daripada mengekalka­n jawatannya dalam gereja.

Majistret Mahkamah Tempatan Newcastle Robert Stone mendapati dia bersalah menyembuny­ikan kesalahan serius orang lain yang boleh didakwa.

Mahkamah sama semalam menjatuhka­n hukuman penjara selama 12 bulan dengan tempoh tiada parol selama enam bulan.

Namun Stone menangguhk­an perkara itu sehingga 14 Ogos bagi menilai sama ada Wilson sesuai atau tidak untuk menjalani hukuman tersebut di rumah seorang ahli keluarga.

Hukuman maksimum bagi jenayah itu adalah penjara selama dua tahun.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Stone berkata “pesalah tidak menunjukka­n sesal atau rasa kesal”.

“Saya berpendapa­t hukuman itu tidak harus ditangguhk­an. Ia tidak menyokong syarat pencegahan,” ujarnya menurut badan penyiaran kebangsaan ABC.

“Berdasarka­n perkara itu, satu- satunya pilihan yang masih ada ialah tahanan rumah atau penjara sepenuh masa.”

Pertikaian tidak timbul sewaktu perbicaraa­n bahawa Fletcher, yang kini sudah mati, mencabul budak altar Peter Creigh, dan perbicaraa­n memberi tumpuan kepada sama ada Wilson, ketika itu seorang paderi muda, dimaklumka­n ataupun tidak mengenai perkara itu.

Wilson berkhidmat sebagai paderi di New South Wales sebelum Paus John Paul II melantikny­a untuk menjadi Uskup di Wollongong pada 1996. Lima tahun kemudian dia menjadi Uskup Agung di Adelaide.

Selepas dia disabit kesalahan, Wilson melepaskan tugasannya di gereja sementara menunggu hukuman diumumkan, tetapi tidak meletak jawatan. — AFP

 ?? — Gambar AAP/Reuters ?? DIDAPATI BERSALAH: Wilson (tengah) ditemu bual oleh wartawan di luar Mahkamah Tempatan Newcastle, Australia semalam.
— Gambar AAP/Reuters DIDAPATI BERSALAH: Wilson (tengah) ditemu bual oleh wartawan di luar Mahkamah Tempatan Newcastle, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia