Utusan Borneo (Sarawak)

Maharaja Jepun gering, batal tugas rasmi untuk hari kedua

-

TOKYO: Maharaja Jepun Akihito yang semakin berusia membatalka­n tugas rasminya untuk hari kedua semalam, selepas menerima rawatan bagi masalah bekalan darah yang tidak mencukupi ke otak.

Maharaja berusia 84 tahun itu mengejutka­n negara pada 2016 apabila baginda menyatakan hasratnya untuk turun takhta selepas hampir tiga dekad, memetik masalah kesihatan dan usia baginda.

Sebelum ini Akihito menjalani pembedahan bagi kanser prostat dan masalah jantung, serta keadaan kesihatann­ya telah diawasi sepenuhnya di Jepun.

Seorang jurucakap Istana semalam berkata monarki tersebut “mengalami sakit perut ringan sebagai tambahan kepada simptom pening”.

“Baginda akan berehat pada hari ini... dan membatalka­n kesemua tugas rasminya,” tambah beliau, tanpa menjelaska­n bila Akihito akan kembali di mata umum.

Kelmarin, seorang jurucakap kerajaan menyatakan maharaja tersebut telah menerima rawatan bagi anemia cerebral, satu keadaan berpunca daripada pengaliran darah yang tidak lancar ke bahagian otak, yang menyebabka­n pening dan muntah.

Akihito dijangka akan menjadi maharaja pertama yang bersara – pada 30 April, 2019 – dalam lebih dua abad dalam keluarga diraja tertua di dunia.

Status maharaja adalah sensitif di Jepun – satu legasi daripada perang Pasifik besarbesar­an yang dilakukan di atas nama ayahanda Akihito, Hirohito, yang mangkat pada 1989.

Akihito menerima peranan yang lebih moden sebagai simbol negara yang dikenakan kepada keluarga diraja selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Maharaja sebelumnya termasuk Hirohito telah dianggap sebagai separa dewa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia