Utusan Borneo (Sarawak)

Venezuela naikkan pangkat 16,900 kakitangan tentera ‘setia’

-

CARACAS: Kerajaan Presiden Venezuela Nicolas Maduro menaikkan pangkat 16,900 kakitangan tentera kelmarin sebagai balasan bagi “kesetiaan” mereka.

Angkatan tentera, yang menikmati kekuatan ekonomi dan politik, dilihat sebagai kuasa utama dalam usaha mengekalka­n kuasa Maduro yang kontrovers­i di Venezuela yang dilanda krisis.

“Kami menilai kesetiaan yang setiap lelaki dan setiap wanita letakkan ke dalam tangan mereka, dalam fikiran mereka, dalam tindakan mereka, dalam setiap tugasan yang mereka perlu jalankan pada gred mereka,” kata Menteri Pertahanan Jeneral Vladimir Padrino.

Sejak beberapa bulan lepas, Maduro – yang dipilih semula secara kontrovers­i pada Mei lalu dalam pilihan raya yang diboikot oleh pembangkan­g dan dilabel sebagai sandiwara oleh Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat – telah menyeru kepada angkatan tentera untuk “merapatkan barisan bagi menentang pengkhiana­tan”.

Beliau telah membantera­s penentang dan pada bulan lepas sebuah kumpulan hak asasi tahanan berkata lima anggota tentera dan tiga orang awam telah dipenjara kerana didakwa mengambil bahagian dalam satu cubaan rampasan kuasa pada 2015.

Sebuah lagi kumpulan hak asasi manusia, Keadilan Venezuela, menyatakan pada bulan lepas bahawa kira-kira 150 anggota tentera telah dipenjara “atas sebab politik”.

Tentera Venezuela adalah antara pasukan keselamata­n kerajaan yang dikecam ramai kerana tindakan mereka yang ganas terhadap protes jalanan antikeraja­an pada tahun lepas yang me- ngorbankan 125 orang.

Maduro sudah mentadbir ekonomi yang merudum teruk sejak 2013 sementara inflasi melambung tinggi – hingga hampir 25,000 peratus pada bulan lepas – dan harga minyak jatuh yang menyebabka­n kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang kronik. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GANJARAN SETIA: Maduro menyematka­n lencana kenaikan pangkat kepada kakitangan tentera ketika upacara rasmi di Istana Miraflores, Caracas, Venezuela kelmarin.
— Gambar Reuters GANJARAN SETIA: Maduro menyematka­n lencana kenaikan pangkat kepada kakitangan tentera ketika upacara rasmi di Istana Miraflores, Caracas, Venezuela kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia