Utusan Borneo (Sarawak)

Industri terus berdepan cabaran walaupun sumbangann­ya besar

-

KAJANG: Kerajaan akan menyediaka­n rangka kerja dasar yang kukuh bagi meningkatk­an lagi industri minyak sawit, selain bantuan dan usaha untuk menyokong alam sekitar bagi memastikan pembanguna­n industri itu yang mampan dan berdaya saing.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata industri minyak sawit terus berhadapan cabaran, terutama dalam bentuk kempen antiminyak sawit, walaupun sumbangann­ya yang besar kepada pembanguna­n negara.

“Pengguna di seluruh dunia perlu mengetahui bahawa kritikan membabitka­n aspek kesihatan minyak sawit adalah tidak adil dan tidak disokong oleh fakta saintifik,” katanya semasa merasmikan Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi ke-24 Lembaga Minyak Sawit (MPOB), di sini semalam.

Ucapan Kok dibacakan oleh Timbalanny­a, Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau berkata dunia perlu mengetahui bahawa Malaysia sentiasa menyokong pembanguna­n mampan dan permulihar­aan hutan dan biodiversi­ti.

“Strategi kempen antiminyak sawit kini sudah berubah, dengan penentang minyak sawit mendakwa minyak sawit memudaratk­an alam sekitar. Kita wajar menyediaka­n fakta dan data saintifik bagi membalas dakwaan negatif dan laporan mengenai industri minyak sawit, terutama dari segi perubahan dalam aspek penebangan hutan serta penggunaan tanah,” katanya.

Kok berkata, industri minyak sawit Malaysia dikawal dengan baik dan kerajaan sentiasa memastikan alam sekitar, hutan hujan dan hidupan liar dilindungi dan dipulihara.

Inisiatif untuk melaksanak­an Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dan memastikan ia mematuhi pensijilan mandatori menjelang 31 Disember, 2019, akan menaikkan tahap industri minyak sawit, termasuk standard kualitinya,” katanya.

“Saya yakin menerusi promosi bersepadu MSPO, minyak sawit Malaysia akan memperoleh kelebihan dalam pasaran minyak dan lemak. Untuk itu saya bangga mengumumka­n skim pensijilan MSPO sudah diguna pakai sebagai ukuran untuk Kod Penyumbera­n Lestari Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 bagi minyak sawit.

“Ini akan menjadi era baharu dalam penjenamaa­n minyak sawit Malaysia kerana ia menonjol walaupun menghadapi pelbagai kesukaran,” katanya.

Kok menegaskan industri sawit Malaysia mestilah relevan untuk tempoh bertahunta­hun akan datang.

Oleh itu, teknologi baharu mesti diaplikasi­kan dalam rantaian nilai keseluruha­n untuk menjadikan industri itu lebih cekap dan produktif, menjana pertumbuha­n dan menambah nilai.

Antara 1995 dan 2017, MPOB membangunk­an 648 teknologi dan 174 perkhidmat­an berkaitan industri kelapa sawit.

Sehingga kini, 198 teknologi MPOB telah dikomersil­kan — 30 peratus daripada kadar pengkomers­ialan berbanding purata negara pada tahap 3.0 hingga 5.0 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia