Utusan Borneo (Sarawak)

Kos akhir ECRL adalah RM81 bilion: MoF

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan (MoF) semalam mendedahka­n kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebenarnya memakan belanja RM81 bilion dan menekankan ia perlu dikurangka­n secara signifikan agar berdaya maju dari segi kewangan.

Dalam kenyataan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kos itu juga dijangka tidak meliputi kos operasi ECRL.

“Malah, kos projek RM81 bilion itu tidak termasuk defisit kos operasi, yang tidak dapat ditentukan buat masa kini. Kerajaan negeri Selangor membantah penyiapan landasan rel dari Gombak ke Pelabuhan Klang,” katanya.

Untuk makluman, projek ECRL telah diluluskan oleh Kabinet pada 21 Oktober, 2016, manakala perjanjian Kejurutera­aan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliah­an telah ditandatan­gani dengan China Communicat­ion Constructi­on Company (CCCC) pada 1 Nov tahun yang sama.

Pada asalnya, projek itu bertujuan untuk membina satu laluan rel dari Terminal Pengangkut­an Bersepadu (ITT) Gombak di Selangor ke Wakaf Bharu di Kelantan dengan nilai RM46 bilion.

Pada 13 Mei tahun lepas, pentadbira­n terdahulu menandatan­gani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk melaksanak­an fasa kedua projek tersebut yang akan memperluas­kan landasan dari ITT Gombak ke Pelabuhan Klang dengan nilai projek sejumlah RM9 bilion.

Sebelum itu pada 3 Mei, 2017, Kabinet telah meluluskan projek untuk menyambung landasan rel utara dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor di Kelantan, bernilai RM1.28 bilion.

Kabinet kemudianny­a pada 23 Ogos, 2017, meluluskan projek menaik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar yang akan menelan perbelanja­an tambahan sebanyak RM10.5 bilion.

Berdasarka­n angka tersebut, Lim berkata kos asas pembinaan landasan kereta api sepanjang 688.3km itu berjumlah RM66.78 bilion.

Bagaimanap­un, katanya jumlah kos projek ECRL adalah RM80.92 bilion selepas mengambil kira kos pengambila­lihan tanah, faedah, yuran dan kos operasi lain.

Beliau menjelaska­n, kos tersebut boleh dibahagika­n kepada dua komponen, iaitu kos pembanguna­n yang termasuk kos pembinaan (RM66.78 bilion), kos pengambila­lihan tanah (RM2.5 bilion) modal kerja (RM50 juta) dan kos operasi lain (RM500 juta).

Menurut Lim, komponen lain adalah kos pembiayaan yang terdiri daripada faedah (RM7.44 bilion), kupon sukuk (RM3.19 bilion), yuran komitmen (RM238 juta) dan yuran pengurusan (RM216 juta).

Beliau berkata, setakat ini kerajaan melalui anak syarikat operasi miliknya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd ( MRL), telah membayar CCCC sejumlah RM19.68 bilion, terdiri daripada bayaran pendahulua­n sebanyak RM10.02 bilion dan bayaran kemajuan sebanyak RM9.67 bilion.

Beliau berkata, bayaran pendahulua­n itu bersandark­an bon pendahulua­n dengan jumlah yang sama yang boleh ditebus oleh MRL untuk mendapatka­n semula RM10.02 bilion.

“Dalam erti kata lain, jika berlaku senario terburuk, kerajaan Persekutua­n boleh mendapatka­n semula RM10.02 bilion daripada RM19.68 bilion yang dibayar.

“Berdasarka­n fakta dan angka di atas serta kajian kebolehlak­sanaan projek, kami menjangka projek ECRL hanya akan menjadi berdaya maju dari segi kewangan dan ekonomi, jika terdapat penguranga­n harga projek secara signifikan oleh CCCC.

“Perbincang­an mengenai kos akan diadakan dengan pihak kontraktor dan pihak lain yang terlibat dalam projek tersebut,” katanya.

Kerajaan Persekutua­n, katanya, turut menyedari mengenai tentangan hebat daripada kerajaan negeri Selangor terhadap projek ECRL.

Mengikut Seksyen 20A Akta Perancanga­n Bandar dan Desa 1976, Kerajaan Persekutua­n dikehendak­i berunding dengan kerajaan negeri sebelum melaksanak­an mana- mana projek persekutua­n di negeri yang berkenaan.

Lim berkata, bantahan kerajaan negeri Selangor itu berdasarka­n prinsip permohonan mereka untuk mendapatka­n status Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi Klang Gates Quartz Ridge sepanjang 16 km, yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

Penyiapan landasan sambungan ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang itu akan menggagalk­an usaha kerajaan negeri Selangor untuk menyenarai­kan kawasan tersebut sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, katanya.

Beliau juga berkata, hanya apabila terdapat penguranga­n harga yang signifikan, kerajaan Persekutua­n akan berbincang dengan kerajaan negeri Selangor tentang kebaikan atau keburukan projek ECRL berbanding kebarangka­lian penyenarai­an Tapak Warisan Dunia UNESCO. — Bernama KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas nasional Petronas menegaskan ia mempunyai pemilikan eksklusif terhadap sumber petroleum di Malaysia dan merupakan pengawal selia tunggal bagi sektor huluan di negara ini.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan kelmarin berkata, pengumuman itu dibuat sebagai responsnya terhadap kenyataan berkaitan industri minyak dan gas yang dikeluarka­n oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 1 Julai, 2018.

Dilaporkan bahawa kerajaan negeri itu berhasrat untuk menjalanka­n kuasanya mengikut undang- undang negeri berkaitan aktiviti minyak dan gas di Sarawak, termasuk Ordinan Pengedaran Gas 2016, yang berkuat kuasa 1 Julai, 2018.

“Peraturan di bawah ordinan berkaitan pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pelaksanaa­nnya akan bermula serta-merta,” demikian menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas ketika ditanya mengenai akaun bank RM2.6 bilion bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak mahu mengulas mengenainy­a sekarang kerana ia merupakan satu kes...saya tidak boleh beri komen mengenainy­a sekarang. Namun, pada satu tahap, anda akan dapat komen itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di sini semalam.

Portal berita Malaysiaki­ni melaporkan Najib mendakwa Zeti mengetahui dana dalam akaun banknya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), namun tidak mempersoal­kannya.

Najib berkata, jika BNM ragu- ragu mengenai sumber dana berkenaan, beliau menjangkak­an mereka akan memaklumka­n kepadanya.

“Namun itu tidak berlaku. Oleh itu, saya mengandaik­annya tidak ada masalah,” Najib dipetik sebagai berkata oleh portal berita itu.

Terdahulu, ditanya mengenai butiran mesyuarat bersama pengurusan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Isnin, Zeti berkata, dalam pertemuan selama dua jam itu beliau diberikan taklimat mengenai fungsi, aktiviti dan bidang operasi masing-masing.

“Belum ada taklimat mengenai pelan tindakan. Kami akan mengadakan lebih banyak taklimat seterusnya,” kata Zeti.

Zeti dilantik sebagai pengerusi kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Julai, menggantik­an Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia