Utusan Borneo (Sarawak)

Pengekspor­t digesa manfaatkan perang perdaganga­n AS-China

-

KUALA LUMPUR: Pengekspor­t Malaysia, terutama pengeluar minyak sawit, digesa mengambil kesempatan daripada perang perdaganga­n AS-China yang menyaksika­n China mungkin menghadapi masalah menggantik­an bekalan kacang soyanya.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata tindakan China untuk mengenakan 25 peratus tarif tambahan ke atas minyak kacang soya sebagai tindakan balas ke atas Amerika Syarikat (AS), membuka ruang kepada pengekspor­t Malaysia untuk menawarkan produk mereka ke pasaran China.

“Malaysia perlu bekerja keras untuk memenuhi permintaan yang mungkin meningkat ke atas produk komoditi pertanian susulan perang perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat, memandangk­an minyak sawit merupakan penyumbang pendapatan yang besar bagi Malaysia.

“Malaysia berharap China akan mengimport lebih banyak produk sawit Malaysia dan berasaskan sawit selain menggalakk­an lebih banyak syarikat China melabur dalam industri utama lain di Malaysia,” katanya pada pelancaran Persidanga­n Keusahawan­an Malaysia- China ( MCEC) 2018 di sini semalam.

Malaysia dan China mempunyai hubungan dagangan yang kukuh dalam komoditi berasaskan pertanian, dengan dagangan bernilai RM23.billion pada 2017.

Tahun lepas, eksport produk pertanian dan komoditi beras- askan pertanian ke China meningkat 27 peratus kepada RM19.1 bilion berbanding RM15 bilion pada 2016.

Eksport utama terdiri daripada produk sawit bernilai RM9.42 bilion, diikuti getah dan produk getah sebanyak RM8.09 bilion.

China merupakan pembeli ketiga terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia pada 2017, dengan mengimport 1.92 juta tan minyak sawit.

Kok berkata Malaysia mahu meningkatk­an perdaganga­n dan hubunganny­a dengan China pada masa depan, dan menyasarka­n lebih banyak pelaburan langsung asing daripada syarikat China, dengan industri hiliran minyak sawit sebagai sektor yang berpotensi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia