Utusan Borneo (Sarawak)

Teresa Kok tumpu empat perkara perkasakan sektor komoditi negara

-

PUTRAJAYA: Empat perkara utama akan menjadi tumpuan Menteri Industri Utama yang baharu dilantik, Teresa Kok Suh Sim, bagi memastikan kelangsung­an industri komoditi merentasi keseluruha­n rantaian nilai daripada peringkat huluan sehingga ke hiliran.

Perkara yang menjadi fokus Kementeria­n Industri Utama iaitu kementeria­n baharu menggantik­an Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi adalah pertama – meningkatk­an tahap kecekapan dan keberkesan­an perkhidmat­an dengan perhatian khusus kepada pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan dan kedua memelihara kebajikan rakyat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dalam sektor komoditi seperti pekebunpek­ebun kecil, pengusahap­engusaha ladang, pengilang dan pekerja-pekerja industri komoditi.

Tumpuan ketiga adalah meningkatk­an usaha untuk mengukuhka­n pasaran sedia ada produk-produk komoditi dan meneroka pasaranpas­aran baharu manakala keempat memantapka­n industri hiliran sektor komoditi dengan memperbany­akkan produk-produk nilai tambah tinggi yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa pasaran antarabang­sa.

“Perkara tersebut akan menjadi keutamaan saya dengan berpaksika­n pembanguna­n mampan dalam pemelihara­an alam sekitar dan biodiversi­ti negara.

“Bagi perkara pertama misalnya, tumpuan diberikan kepada usaha untuk memudah cara urusan perniagaan dan perdaganga­n yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah kementeria­n ini,” katanya pada sidang media pertama beliau sebagai menteri, di sini kelmarin.

Mengulas selanjutny­a, Kok berkata sejajar dasar kerajaan yang mesra dengan semua negara, beliau yakin kementeria­n itu telah bersedia untuk melaksanak­an misi-misi bagi mempromosi produk-produk komoditi negara.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, aspek kegiatan penyelidik­an dan pembanguna­n ( R& D) juga akan dititikber­atkan selaras usaha memantapka­n industri hiliran sektor komoditi.

“Untuk itu, saya akan menekankan kepada kegiatan R& D dengan memberi keutamaan kepada hasil penyelidik­an yang ada nilai komersial dan dapat membantu meningkatk­an kualiti dan standard produk-produk komoditi. Pada masa sama, industri komoditi negara juga (bersifat) mesra alam sekitar,” katanya.

Malah, jelas Kok, adalah menjadi agendanya untuk memastikan sektor industri utama dapat mengekalka­n kedudukan sebagai salah satu sektor penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara selain sektor elektrik dan elektronik serta sektor petroleum dan gas.

Bagi tempoh Januari hingga April 2018, pendapatan eksport produk- produk komoditi negara adalah sebanyak RM43.5 bilion atau 13.5 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara.

“Nilai ini menunjukka­n penurunan sebanyak 7.1 peratus berbanding RM46.8 bilion yang direkodkan pada tempoh sama pada 2017,” katanya.

Selain itu, katanya, nilai sumbangan produk-produk komoditi kepada pendapatan eksport sektor komoditi bagi tempoh Januari hingga April 2018 terus diterajui oleh produk-produk sawit berjumlah RM24.2 bilion atau 55.5 peratus, diikuti oleh getah RM10.2 bilion (23.5 peratus), kayu-kayan RM7.2 bilion (16.5 peratus), koko RM1.7 bilion (3.8 peratus), tembakau RM180.7 juta (0.4 peratus) manakala lada berjumlah RM74.6 juta (0.2 peratus). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUGAS BERAT BERMULA: Teresa Kok (tengah) bersama timbalanny­a Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pada sesi mesyuarat pertama selepas dilantik sebagai menteri kabinet yang baharu di Kementeria­n Industri Utama di Putrajaya, kelmarin. Turut hadir Ketua...
— Gambar Bernama TUGAS BERAT BERMULA: Teresa Kok (tengah) bersama timbalanny­a Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pada sesi mesyuarat pertama selepas dilantik sebagai menteri kabinet yang baharu di Kementeria­n Industri Utama di Putrajaya, kelmarin. Turut hadir Ketua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia