Utusan Borneo (Sarawak)

MPOB akan terus bangunkan teknologi baharu minyak sawit

-

KAJANG: Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) tidak akan terus berpuas hati dengan pencapaian mereka dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), sebaliknya berhasrat menjalin kerjasama dengan pihak berkepenti­ngan untuk menghasilk­an teknologi dan produk baharu.

Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, ini berikutan lembaga tersebut telah diiktiraf di peringkat global sebagai sebuah institusi bagi industri dan R&D minyak sawit.

“Jika kami telah berpuas hati, kami tidak akan ke mana-mana. Biar idea-idea baharu masuk dan kami akan menghasilk­an produk dan teknologi baharu.

“Kami telah terlibat dalam industri ini dan menerima maklum balas mengenai apa yang diperlukan. Hasilnya kelak akan dikembalik­an kepada industri. Kami berharap dapat merangsang idea-idea (baharu) itu,” katanya kepada pemberita pada Pameran dan Seminar Pemindahan Teknologi MPOB 2018 di sini semalam.

Seminar dua hari itu dilancarka­n Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Antara 1995 dan 2017, MPOB berjaya melancarka­n 648 teknologi dan 174 perkhidmat­an berkaitan industri minyak sawit, dengan 198 teknologi dikomersia­lkan.

“Kadar pengkomers­ialan MPOB dalam teknologi baharu ialah 30 peratus berbanding purata nasional pada tiga hingga lima peratus.

“Setiap tahun, kita mengekspor­t kira- kira 90 peratus minyak sawit. Kita berdepan sedikit persepsi negatif di barat, khususnya di Eropah dan kerana itu kita perlu bergerak ke hadapan.

“Jika kerajaan baharu mampu melakukan yang lebih baik, ia akan memberi manfaat kepada industri dan negara. Kami berharap R&D akan dapat dipertingk­atkan lagi,” kata Ahmad Kushairi.

Minyak sawit ialah satu daripada penyumbang utama pendapatan negara yang merekodkan hasil eksport sebanyak RM78 bilion pada 2017.

Sementara itu ketika pelancaran seminar tersebut, MPOB turut memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan dua syarikat bagi pemindahan teknologi untuk pengkomers­ialan.

Perjanjian pertama dimeterai bersama Green G Gravity Sdn Bhd berkaitan lesen teknologi pengekstra­kan cecair superkriti­kal untuk menghasilk­an phytonutri­ent daripada minyak sawit dan derivatifn­ya.

MoA kedua ditandatan­gani dengan WDM Maju Trading Sdn Bhd bagi penghasila­n baja MPOB F5 Super. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia