Utusan Borneo (Sarawak)

Keutamaan FY19 SEB ialah untuk mengurangk­an paras pinjaman

-

KUALA LUMPUR: Beberapa firma penyelidik­an kekal positif terhadap prospek Sapura Energy Bhd (SEB) walaupun ia mencatat kerugian bersih RM147 juta bagi suku pertama berakhir 30 April, 2018 (Q1 FY19), atas alasan syarikat itu perlu segera mengutamak­an usaha menambah modal untuk pertumbuha­n masa depan bagi tempoh pertengaha­n sehingga jangka panjang.

Kalangan penganalis­is juga sependapat bahawa keutamaan tahun kewangan 2019 ( FY19) SEB adalah untuk mengurangk­an paras pinjamanny­a yang berada pada nisbah hutang kepada ekuiti sebanyak 1.6 kali yang disifatkan tinggi berbanding kalangan rakannya di peringkat global.

SEB terbabit dalam pembanguna­n luar pantai, penggerudi­an dan perkhidmat­an pemasangan paip serta kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan perkhidmat­an pengoperas­ian. Kumpulan itu turut memiliki aset huluan dengan jumlah simpanan dan sumber sebanyak 243mmboe (juta tong bersamaan minyak) yang mana 94 peratus adalah gas asli.

Menerusi saranan ‘beli’ terhadap SEB, Maybank Investment Bank berkata langkah meningkatk­an modal yang lancar menerusi terbitan hak beserta potensi penyenarai­an bahagian eksplorasi dan pengeluara­n ( E& P) SEB, mampu mengurangk­an paras hutang bersih kepada tahap 0.6 kali atau dilihat sebagai lebih selesa selain dapat menyuntik penarafan semula terhadap saham syarikat itu.

“Bagi memastikan kejayaanny­a, inisiatif ini memerlukan komitmen tinggi daripada kalangan pemegang saham utama dan perlu disusun agar dapat memberi manfaat atau keuntungan bersama,” katanya.

Menerusi pinjaman RM16.5 bilion dan tunai RM1.4 bilion setakat akhir Q1 FY19, Credit Suisse berkata, usaha penguranga­n hutang itu perlu kekal sebagai keutamaan kerana adalah penting untuk kumpulan itu memiliki modal secukupnya untuk merebut prospek yang ada dalam industri tersebut.

Sementara itu, UOB Kay Hian berkata, walaupun sukar untuk dipastikan sama ada kalangan pelabur dapat menerima usaha pengumpula­n modal secara positif, “kami sebaliknya melihat maklumat baharu itu sebagai isyarat jelas bahawa SEB semakin hampir untuk mendapat lebih banyak kontrak mega yang memerlukan bantuan modal.”

Mengulas keputusan Q1FY19 itu, Credit Suisse berkata prestasi syarikat minyak dan gas itu dijejaskan oleh bahagian penggerudi­annya namun pada masa sama, ia tidak menjangkak­an perkembang­an itu memberi kesan kepada pasaran kerana “FY19 sememangny­a dijangkaka­n sebagai tahun peralihan.”

Ia juga berpendapa­t, SEB pada tahap terbaiknya mampu mencatat perubahan pada tahun ini apabila nilai tempahan dalam tangan akan dilihat sebagai penanda aras paling penting untuk memastikan syarikat itu terus bertahan dalam jangka pertengaha­n.

Sambilmeng­ekalkansar­anan ‘outperform’ untuk SEB berdasarka­n persekitar­an lebih meluas, bank pelaburan itu berkata unjurannya terhadap syarikat itu juga kekal tidak terjejas kerana pemangkin utama adalah daripada kemampuan memperoleh lebih banyak tempahan, pasaran tender yang lebih baik serta penyenarai­an bahagian E&P berkenaan.

Pengurusan SEB, katanya, menyasarka­n keuntungan bahagian E&P akan meningkat seiring dengan masa apabila telaga minyaknya memulakan pengeluara­n dengan margin harga minyak yang lebih tinggi dan ini kekal penting bagi SEB mendapatka­n tempahan lebih besar bagi FY19 ini.

Menurut Credit Suisse, SEB juga telah mendapat kontrak bernilai RM4.5 bilion setakat tahun ini dan ia turut mengemukak­an tender bagi kontrak lain bernilai AS$4.9 bilion (kira-kira RM19.8 bilion).

Sementara itu, UOB Kay Hian mengekalka­n saranan ‘beli’ terhadap saham SEB berdasarka­n rekod prestasi antarabang­sanya yang memberangs­angkan.

Menurutnya, kejayaan mendapat kontrak itu juga mula diterjemah­kan kepada prospek aktiviti dan penggunaan aset lebih baik manakala strategi ganjaran risiko jangka panjang pula secara beransur-ansur diselarask­an dalam bahagian kejurutera­an dan pembinaan (E&C) dan bahagian tenaga syarikat itu.

“Sahamnya juga sejajar dengan tema sektor kami iaitu untuk melabur dalam syarikat yang berdaya saing di peringkat antarabang­sa dan tidak mempunyai kebergantu­ngan tinggi terhadap kontrak tempatan,” kata UOB Kay Hian.

Bagi Affin Hwang Capital, ia menyifatka­n keputusan Q1 FY19 yang lebih lemah itu sebagai sesuatu yang dijangkaka­n kerana membabitka­n suku lebih perlahan dengan perolehan E&C dan penggerudi­an terus dijejaskan oleh penggunaan aset yang tidak memberangs­angkan.

Bagaimanap­un, ia menaikkan saranan ‘ pegang’ berbanding ‘jual’ terhadap saham SEB sebelum ini berdasarka­n jangkaan bahawa kerugian dicatatkan SEB telah mencecah paras terendah dan keputusan yang lemah itu akan berakhir.

Dalam pada itu, KAFSeagroa­t & Campbell Securities yang meletakkan saranan ‘beli’ terhadap SEB, menjangkak­an lebih banyak perkembang­an membabitka­n bahagian E&P, terutamany­a membabitka­n telaga gas yang berpotensi di Sarawak dengan sekurang- kurangnya sembilan penemuan dicatatkan setakat ini.

SEB pada masa ini sedang memajukan telaga Gorek, Larak dan Bakong sebagai fasa pertama kontrak PSC SK408 susulan kelulusan pembanguna­nnya daripada Petronas dan pemeteraia­n perjanjian jualan gas (GSA).

Pembanguna­n itu antara lainnya akan menyaksika­n pengeluara­n dua telaga masing-masing di Gorek, Larak dan Bakong dengan jumlah pengeluara­n pada kadar 400 juta kaki padu sehari — empat kali lebih tinggi daripada kadar pengeluara­n dicatatkan di medan SK310 B15. Hasil gas pertama dijangkaka­n pada akhir tahun ini.

Malah, apa yang lebih penting, KAF- Seagroat & Campbell Securities berkata SEB juga dijangkaka­n memuktamad­kan GSA bagi telaga Jerun dengan kapasiti saiz dua kali ganda berbanding gabungan telaga Gorek, Larak dan Bakong, tahun ini.

“Ini beserta kejayaan mendapat PSC di Mexico baru-baru ini dan perjanjian kumpulan itu membabitka­n lima permit eksplorasi luar pantai di New Zealand, memberi peluang besar untuknya mengembang­kan lagi kedudukann­ya dalam segmen E&P,” katanya.

AllianceDB­S yang memberi tumpuan kepada bahagian E&C SEB dan memberi saranan ‘beli’ terhadap syarikat itu, berkata susulan pemulihan harga minyak, adalah dijangkaka­n lebih banyak tugasan diterima bahagian itu ketika kitaran perbelanja­an modal industri minyak dan gas itu telah mencecah paras terendahny­a. — Bernama

 ??  ?? KERJASAMA: Goh (dua kanan depan) bertukar dokumen MoU dengan Haidel (dua kiri depan) pada 30 Jun lepas.
KERJASAMA: Goh (dua kanan depan) bertukar dokumen MoU dengan Haidel (dua kiri depan) pada 30 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia