Utusan Borneo (Sarawak)

DESB lancar kempen QHSSE pada 18 Julai

-

MIRI: Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) akan melancarka­n Kempen Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar (QHSSE) pada 18 Julai bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club.

Timbalan Pengerusi Eksekutifn­ya Datuk James Ling Suk Kiong berkata, kempen ini bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran terhadap isu dan cara mengendali­kan risiko dan bahaya kepada pekerja.

Semasa sidang media di pejabat Dayang semalam James berkata, kempen itu sejajar dengan matlamat syarikat untuk meminimumk­an kadar kemalangan dan kecederaan di lokasi kerja.

“Bersempena kempen QHSSE itu, kita menganjurk­an beberapa aktiviti iaitu membersih pantai di Miri, derma darah di Bintulu, pertanding­an golf kebajikan, pertanding­an hilang berat badan, lawatan sekolah angkat di Lambir dan lawatan ke lokasi kerja di Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu dan luar pantai,” katanya.

James berkata, aktiviti membersihk­an pantai di Marina Central Park sudah dilaksanak­an pada 30 Jun dan program seterusnya iaitu derma darah di ibu pejabat DESB di Labuan pada 4 Julai dan 4 Ogos di Kota Kinabalu dan lawatan ke Bank Darah Bintulu.

Pertanding­an golf kebajikan pula akan diadakan pada 28 Julai di Kelab Golf Miri dengan yuran penyertaan RM200 untuk setiap peserta dan penyertaan terhad kepada 120 orang.

Beliau turut menaja hadiah ‘ Hole- in- One’ RM10,000, selain 10 hadiah utama, antaranya, sebuah televisyen skrin rata 49 inci serta 10 hadiah cabutan bertuah.

“Wang tunai pendaftara­n akan disumbangk­an kepada individu kurang bernasib baik, antaranya, mangsa letupan tong gas di Senadin dan organisasi kebajikan seperti Persatuan Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa Miri (PIBAKIS),” kata James.

Sementara itu, pertandin- gan hilang berat badan diadakan bermula 1 Julai hingga 31 Disember, terbuka kepada semua kakitangan DESB dengan BMI 25.0 ke atas.

Peserta yang mencatat hilang berat badan tertinggi akan memenangi pertanding­an.

DESB turut melawat sekolah angkat iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Lambir dan program setengah hari itu bertujuan meningkatk­an kesedaran bahaya dan risiko di sekolah dalam kalangan pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6.

 ??  ?? TINGKAT KESEDARAN: James Ling ( enam kiri) bersama yang lain semasa sidang media Kempen Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar (QHSSE) di ibu pejabat DESB semalam.
TINGKAT KESEDARAN: James Ling ( enam kiri) bersama yang lain semasa sidang media Kempen Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar (QHSSE) di ibu pejabat DESB semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia