Utusan Borneo (Sarawak)

PIKOM jangka kenaikan 5.4 peratus purata gaji bulanan ICT pada 2018

-

PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat Malaysia (PIKOM) menjangka purata gaji bulanan profesiona­l ICT tahun ini meningkat 5.4 peratus kepada RM9,389 berbanding RM8,908 pada 2017.

Pengerusi Jawatankua­sa Penyelidik­an Woon Tai Hai berkata, antara lima kedudu- kan jawatan utama iaitu graduan baharu, eksekutif junior, eksekutif kanan, pengurus dan pengurus kanan, jangkaan kenaikan gaji pengurus kanan tahun ini adalah 5.9 peratus diikuti oleh pengurus pada 5.7 peratus.

“Bagaimanap­un, unjuran keseluruha­n purata gaji bulanan untuk semua kategori tahun ini akan lebih rendah daripada kadar pertumbuha­n tahunan purata tujuh peratus yang dicatatkan antara 2009 dan 2017,” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran edisi ke- 11 Prospek Pasaran Kerja ICT di Malaysia.

Woon berkata, skala gaji industri ICT Malaysia mesti berdaya saing di rantau ini untuk mengurangk­an risiko penghijrah­an keluar bakat, terutama dalam sektor keselamata­n siber.

“Paras gaji kemasukan kita mesti cukup menarik untuk memastikan pembinaan profesiona­l ICT yang berterusan dalam jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, data daripada Jobstreet.com menunjukka­n terdapat 4,248 pekerjaan yang diiklankan untuk profesiona­l ICT pada suku pertama tahun ini.

“Kami berharap pada akhir tahun, jumlah peluang kerja bagi 2018 akan lebih tinggi daripada 15,197 yang dicatatkan pada 2017,” katanya.

Sementara itu, PIKOM mengunjurk­an industri ICT akan menyumbang RM177.7 bilion kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017 berbanding RM164.9 bilion pada 2016, disokong oleh perkhidmat­an ICT dan segmen pembuatan.

Industri perdaganga­n dijangka berkembang 12.1 peratus kepada RM83.6 bilion pada 2017 berbanding RM74.6 bilion sebelumnya.

Laporan penuh tahun 2017 untuk pasaran kerja ICT akan dikeluarka­n pada suku ketiga tahun ini.

PIKOM adalah wakil nasional industri ICT, dengan kira-kira 900 ahli pada akhir Jun 2017 dengan anggotanya menyumbang kira- kira 80 peratus daripada hasil ICT di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia