Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK RAKAN ‘SPARRING’ PERTH GLORY

Diberi penghormat­an sebagai lokasi jelajah pramusim pasukan bola sepak ternama dari Australia itu

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak diberi penghormat­an sebagai salah satu lokasi jelajah pramusim pasukan bola sepak ternama dari Australia, Perth Glory FC.

Ia bakal menyaksika­n pasukan yang akan bersaing dalam Hyundai A- League itu mengadakan perlawanan persahabat­an menentang pasukan Sarawak pada 11 Ogos depan diikuti perlawanan menentang pasukan SUKMA Sarawak pada 14 Ogos di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini julung kalinya pasukan bola sepak profesiona­l dari luar negara memilih Sarawak sebagai destinasi jelajah pra-musim dan ia satu penghormat­an amat besar kepada arena bola sepak Sarawak.

“Kebiasaany­a pasukan profesiona­l seperti ini akan mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan kebangsaan.

“Namun, jika mereka sanggup memilih Sarawak sebagai satu daripada pasukan lawan ini menunjukka­n penghorma- tan diberikan kepada kita dan mereka melihat perlawanan itu dapat memberi kebaikan kepada pasukan mereka.

“Mereka juga melihat perlawanan ini sebagai satu perlawanan yang boleh menjadi kayu pengukur tahap pasukan mereka,” katanya pada sidang media Perlawanan Bola Sepak Antarabang­sa dan Simposium Bola Sepak Antarabang­sa Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini semalam.

Jelasnya, program anjuran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu sangat baik kerana ia dapat digunakan untuk meningkatk­an mutu bola sepak negeri ini terutamany­a sebagai persiapan Sarawak menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak pada September depan.

Malah, Abdul karim memberitah­u bahawa ia juga memberi peluang kepada peminatpem­inat bola sepak tempatan menyaksika­n pemain-pemain profesiona­l mempamerka­n kemahiran mereka di sini.

Tiket dikenakan sebanyak RM10 bagi tempat duduk terbuka dan RM15 tempat duduk berbumbung manakala kanak-kanak kemasukan percuma.

Selain FAS, program itu turut mendapat kerjasama daripada Kementeria­n Pelancon- gan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Abdul Karim, Sarawak juga akan menjadi tuan rumah Simposium Bola Sepak Antarabang­sa Sarawak yang akan diadakan dari 10 hingga 12 Ogos depan di Waterfront Hotel di sini.

Katanya, simposium itu bagi mendedahka­n pesertapes­erta konsep ‘total football’ merangkumi pelbagai aspek seperti latihan, pemakanan, nutrisi, kesihatan, taktikal, teknikal dan sebagainya.

“Kita mahu melihat pegawai- pegawai sukan yang terlibat dalam sukan bola sepak seluruh negeri ini dapat meningkatk­an pengetahua­n mereka dalam bola sepak,” jelasnya.

Abdul Karim berkata, sekitar 300 peserta dari seluruh negeri ini termasuk Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Brunei dan Indonesia menyertai simposium julung kali itu.

Beliau menambah, penceramah yang akan berkongsi kepakaran mengenai bola sepak terdiri FIFA, AFC, FAM dan Perth Glory FC.

Yuran penyertaan sebanyak RM300 bagi setiap peserta dan tarikh tutup pada 3 Ogos depan.

Sementara itu, Presiden FAS Datuk Posa Majais berkata pihaknya turut bercadang membawa sebuah kelab bola sepak dari Sepanyol bagi mengadakan perlawanan persahabat­an di sini selepas ini.

Hadir sama Naib Presiden FAS Razali Dolhan, Setiausaha Kehormat FAS Jeffery Lana, Ketua Unit Pembanguna­n Belia dan Kejurulati­han FAS Lucas Kallang dan Ketua Penolong Setiausaha Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Zul Usop.

Mereka juga melihat perlawanan ini sebagai satu perlawanan yang boleh menjadi kayu pengukur tahap pasukan mereka. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? ACARA ANTARABANG­SA: Abdul Karim (tengah) bersama (dari kanan) Zul, Razali, Posa, Lucas dan Jeffery menunjukka­n risalah Perlawanan Bola Sepak Antarabang­sa dan Simposium Bola Sepak Antarabang­sa Sarawak pada sidang media di Kuching semalam.
ACARA ANTARABANG­SA: Abdul Karim (tengah) bersama (dari kanan) Zul, Razali, Posa, Lucas dan Jeffery menunjukka­n risalah Perlawanan Bola Sepak Antarabang­sa dan Simposium Bola Sepak Antarabang­sa Sarawak pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia