Utusan Borneo (Sarawak)

DITAHAN SELEPAS KERETA TERHUMBAN KE PARIT

-

SIBU: Seorang penganggur yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM52 Jalan Mukah-Balingian pagi semalam ditahan polis selepas kereta yang dipandunya disyaki kereta curi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, lelaki terbabit, 33, yang memandu sebuah kereta sedan telah melanggar sebuah pikap dari belakang sekitar jam 9 pagi semalam.

“Akibatnya, kereta yang dipandu oleh suspek masuk ke dalam parit, manakala pikap itu terbabas ke kanan jalan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, suspek telah ditahan selepas semakan polis mendapati kereta yang dipandunya telah dilaporkan hilang di Tanjung Kindurong, Bintulu kelmarin.

“Pihak polis telah bertindak membawa lelaki yang berasal dari Betong terbabit ke Balai Polis Balingian untuk tujuan dokumentas­i sebelum dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Pemandu pikap yang dalam perjalanan dari Miri ke Mukah itu cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Mukah, manakala suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya lagi, penangkapa­n pemandu kereta terbabit dilakukan selepas pemandu pikap membuat laooran polis di Pejabat Pertanyaan Trafik IPD Mukah.

Beliau berkata, suspek yang direman selama empat hari sehingga 10 Julai turut didapati positif ganja dan syabu.

“Pihak kami akan menyerahka­n suspek ke pihak IPD Bintulu untuk tindakan selanjutny­a,” tambahnya.

 ??  ?? TERBABAS: Pikap tersebut terbabas ke bahu jalan. DISYAKI KERETA CURI: Kereta dipandu suspek terhumban ke parit di KM52 Jalan Mukah-Balingian.
TERBABAS: Pikap tersebut terbabas ke bahu jalan. DISYAKI KERETA CURI: Kereta dipandu suspek terhumban ke parit di KM52 Jalan Mukah-Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia