Utusan Borneo (Sarawak)

Elak birokrasi dalam pertanian

-

KUCHING: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub tidak mahu timbul masalah birokrasi dalam membangunk­an sektor pertanian di Sarawak dan negara amnya.

Menurut beliau, apa jua insentif, bantuan, kepakaran dan rundingan antara kementeria­nnya dan kerajaan Sarawak akan dipermudah­kan.

“Saya mahu Sarawak menjadi destinasi pertanian moden yang menyumbang kepada sektor pertanian negara kita.

“Justeru, saya mahu dalam sektor pertanian tidak timbul masalah birokrasi. Ini jaminan yang saya berikan.

“Yang penting adalah isuisu tertangguh akan kita percepatka­n supaya kita dapat bergerak ke hadapan membangunk­an tanah yang luas di negeri ini untuk memajukan sektor pertanian negara kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pejabat Ketua Menteri di Aras 5, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengulas mengenai kunjungan tersebut, Salahuddin berkata, beberapa isu berkaitan pertanian dibincangk­an antaranya jelapang padi, penternaka­n lembu daging dan tenusu serta tanaman lain.

Menerusi pertemuan tersebut juga telah dipersetuj­ui penubuhan jawatankua­sa bersama antara Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) Sarawak.

Jawatankua­sa ini katanya, akan diketuai Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan iaitu Ketua Setiausaha MOA yang baharu bersama MANRED yang akan membincang­kan isu-isu berkaitan pertanian di Sarawak.

“Ini adalah antara inti pati penting yang kita bincangkan dan Ketua Menteri sangat proaktif dan menyokong dalam idea-idea yang kami bincangkan tadi.

“Ada juga isu tentang lesen perikanan laut dalam yang merupakan isu lama dan jika tidak ada apa-apa halangan, perkara ini akan kita selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Turut hadir pada kunjungan tersebut, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah serta Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia