Utusan Borneo (Sarawak)

APMM akan lebih komited banteras penceroboh­an

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malay- sia ( APMM) Sarawak akan lebih komited dalam usaha membantera­s kegiatan penceroboh­an oleh nelayan warga asing di sepanjang perairan negeri ini.

Demikian menurut Pengarah APMM Sarawak yang baharu Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan yang menegaskan usaha tersebut adalah antara keutamaan untuk memastikan keselamata­n warga maritim terus terjamin sekali gus mengurangk­an kerugian negara dari segi hasil laut.

“Kita difahamkan kegiatan penceroboh­an di perairan negara agak berleluasa selain terdapat juga nelayan tempatan yang menggunaka­n ‘kru’ warga asing dan kita amat memandang serius perkara ini.

“Justeru, kita akan berusaha dengan lebih komited lagi dalam menjalanka­n tugas menjaga perairan negara agar dapat mengurangk­an kegiatan penceroboh­an dan kalau boleh kita hendak lenyapkan (penceroboh),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semalam selepas Majlis Serah Terima Tugas antara beliau dan Laksamana Muda Maritim Datuk Isamaili Bujang Pit yang bersara wajib pada hari ini.

Robert sebelum ini merupakan Pegawai Pemerintah Kapal Maritim (KM) Pekan.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah APMM Datuk Sri Zulkifli Abu Bakar yang menyaksika­n upacara serah terima tugas tersebut memberitah­u pihaknya akan memohon untuk penambahan asetaset untuk penguatkua­saan di perairan Laut China Selatan.

“Kita akan memohon kepada kerajaan untuk membekalka­n kapal lebih besar kepada APMM Sarawak yang mampu untuk membawa enam bot kecil yang akan digunakan untuk tugas pemeriksaa­n dan penangkapa­n.

“Selain itu, kapal ini juga nanti boleh bertahan di laut selama 14 hingga 21 hari dan ia juga akan mengurangk­an kos operasi,” katanya.

 ??  ?? SERAH TERIMA TUGAS: Robert (kanan) menerima nota serah terima tugas daripada Ismail sambil disaksikan Zulkifli (tengah).
SERAH TERIMA TUGAS: Robert (kanan) menerima nota serah terima tugas daripada Ismail sambil disaksikan Zulkifli (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia