Utusan Borneo (Sarawak)

Seluruh rakyat dipelawa raikan sambutan Hari Sarawak 22 Julai ini

-

KUCHING: Seluruh rakyat Sarawak dijemput hadir untuk merayakan sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini, di sini.

Menteri bertanggun­gjawab untuk majlis sambutan itu, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, Hari Sarawak bukan hari untuk rakyatnya tidur dan beristirah­at sahaja di rumah.

Beliau menegaskan demikian kerana bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan merupakan pejuang bagi mendapatka­n hari tersebut digazetkan sebagi cuti umum pada 2016 agar rakyat Sarawak tahu apa yang terjadi pada 22 Julai 1963.

“Ia merupakan hari paling istimewa dalam kalendar Sarawak, Allahyarha­m Tok Nan menjadikan hari tersebut digazetkan sebagai hari cuti agar semua rakyat Sarawak boleh menyambut kemenangan, menghargai pemimpin dahulu dan memahami cabaran dan keperluan Sarawak pada masa mendatang.

“Hari Sarawak adalah untuk rakyat Sarawak bukan untuk tidur saja, tetapi di mana saja berada mereka harus menyertai dan menyambutn­ya bersama sebagai anak Sarawak termasuk yang tinggal di luar negara,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa, semalam.

Perayaan tahun ini dijangka paling meriah dengan lapan aktiviti disusun atur termasuk perarakan kemerdekaa­n Hari Sarawak pada pagi 22 Julai.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, tidak seperti tahuntahun lepas, sambutan kali ini diadakan di Dataran Perayaan di Jalan Stadium untuk ruang yang lebih luas.

Dijangkaka­n 10,000 orang akan berkumpul dan menyertai acara ini yang juga akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Acara pertama yang dijalankan sempena dengan sambutan itu ialah Kejohanan Futsal Perpaduan di Padang Merdeka pada 14 dan 15 Julai ini dengan sasaran 32 pasukan akan mengambil bahagian dari pelbagai kaum dan agama dan.

Hadiah bagi johan ialah RM3,000, tempat kedua RM2,500, ketiga RM1,500 dan hadiah tempat keempat RM1,000 termasuk pingat dan trofi.

Turut diadakan dua acara iaitu Cabaran MAKSAK Perpaduan 722 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama selain Larian Perpaduan Hari Sarawak di Tebingan Kuching pada 21 Julai.

Berbasikal Perpaduan 722 Hari Sarawak pada 22 Julai di Dataran Perayaan pula dijangka menarik sekitar 700 penunggang basikal.

Manakala, Konsert Unity 722 # IBUPERTIWI­KU pada 22 Julai juga diadakan di Dataran Perayaan yang bakal menampilka­n artis tempatan dan persembaha­n kebudayaan terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Pameran di Plaza Merdeka pada 22 Julai berkenaan sejarah Sarawak semasa era pemerintah­an Brooke, pembentuka­n Malaysia dan perjanjian yang telah ditandatan­gani pada masa itu turut berlangsun­g.

Justeru, orang ramai digalak mengibarka­n bendera Sarawak di rumah atau premis mereka bagi menghormat­i sambutan Hari Sarawak yang bakal tiba.

Turut hadir ialah menteri muda bagi sambutan itu Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengarah Protokol Negeri dan Unit Perhubunga­n Awam Dato Khir Busrah, Pegawai Khas Setiausaha Negeri Azlan Ali Badri dan Residen Kuching Ismail Hanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia