Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi berbentuk e-Wallet itu menyaksika­n kira-kira 30,000 pengguna berdaftar sejak dilancarka­n pada November 2017

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan terus memperting­katkan aplikasi Sarawak Pay bagi membolehka­n semua lapisan rakyat negeri ini dapat akses teknologi tanpa wang tunai berkenaan.

Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak berkata, sejak dilancarka­n pada November 2017, aplikasi berbentuk e-Wallet itu berjaya menyaksika­n kira-kira 30,000 pengguna berdaftar.

“Cabaran terbesar kami adalah untuk membolehka­n rakyat Sarawak menggunaka­n Sarawak Pay ini dalam keperluan harian.

“Bagaimanap­un, kami akan sentiasa menyediaka­n strategi bukan sahaja untuk membantu komuniti di bandar, tetapi juga penduduk luar bandar terutama mereka yang mempunyai kesukaran mengakses perkhidmat­an dari institusi kewangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Mengenai Sarawak Pay Terkini bersama Komuniti Perniagaan dan Media anjuran SMA dan SiliconNet di sini, semalam.

Zaidi berkata, selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai perintis, Sarawak Pay terhad untuk bayaran bil-bil kerajaan dengan simpanan e-Wallet sebanyak RM200 sahaja.

“Walaupun jumlah itu kecil, tetapi kami mencatatka­n kira-kira 29,000 transaksi dengan jumlah urus niaga kira-kira RM3.5 juta, iaitu data terkini sehingga Mei 2018,” jelasnya.

Namun pada Mei lepas, BNM akhirnya memberikan kelulusan kepada SMA untuk merekrut komuniti perniagaan dan meningkatk­an saiz e-Wallet kepada RM3,000.

Beliau mengakui memandangk­an ia julung kalinya dilaksanak­an di Sarawak, ia mungkin tidak sempurna dan masih perlu diperbaiki.

Pihaknya kata Zaidi, menerima beberapa komen negatif mengenai aplikasi tersebut, selain beberapa pujian.

“Kita tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua orang kerana Sarawak Pay memerlukan masa untuk disesuaika­n dan berkembang.

“Namun tidak seperti mana-mana aplikasi e-Wallet pihak ketiga yang ada di pasaran, matlamat kami untuk Sarawak Pay tidak hanya menyediaka­n e-pembayaran atau kemudahan imbasan dan pembayaran sahaja.

“Malah, ia akan berkembang menjadi platform FinTech yang juga menyediaka­n perkhidmat­an kewangan lain seperti Pengurusan Dana, Pengurusan Pinjaman, Crowd Funding atau Pengurusan Harta,” katanya.

Taklimat yang turut mendapat kerjasama Hotel Waterfront dan Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka itu dihadiri Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holding Sdn Bhd Dato Steve Ng dan Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka Cheah Kheng Mun.

 ??  ?? KINI ADA: Zaidi (kiri) membuat imbasan kod bagi Sarawak Pay yang kini terdapat di gerai-gerai medan selera di Plaza Merdeka untuk membuat bayaran makanan menggunaka­n aplikasi berkenaan. Turut kelihatan Cheah (kanan).
KINI ADA: Zaidi (kiri) membuat imbasan kod bagi Sarawak Pay yang kini terdapat di gerai-gerai medan selera di Plaza Merdeka untuk membuat bayaran makanan menggunaka­n aplikasi berkenaan. Turut kelihatan Cheah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia